Hutan Lumut Mossy Forest Di Pahang Ini Merupakan Salah Satu Hutan Tercantik Di Dunia



Taman Eko-Rimba Mossy Forest yang terletak di Cameron Highlands merupakan tempat yang penuh dengan keunikkannya tersendiri. Tempat yang berada di kaki Gunung Irau ini merupakan hutan yang penuh dengan hamparan lumut yang sangat berlainan dari hutan-hutan yang lain.

Adakah anda tahu, tempat ini pernah menjadi tempat penggambaran filem Puteri Gunung Ledang? Memang menarik dan indah hutan ini. Hutan Lumut ini membolehkan anda aksesnya menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan disini kabus adalah sangat tebal.

BACA: Keunikan 'Hutan Merah' Di Pahang Ini Membuatkan Anda Seolah Hidup Di Alam Fantasi




Setelah sampai sahaja, anda mesti akan mengigil kerana kesejukkannya, jadi anda sangat disarankan untuk memakai pakaian yang sesuai disini. Semakin anda berjalan semakin sejuk tempat ini.

Anda dinasihatkan untuk naik bersama pemandu pelancong yang lebih arif. Namun jika anda yakin tidak akan sesat, anda dipersilakan untuk datang sendiri.Ingatlah bahawa laluan disini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin.

BACA:Tasik Bukit Ibam Di Pahang, Keindahan Membiru Yang Terlalu Menggoda Mata

Gambar: Adib Harith

Gambar: Adib Harith

Diingatkan kepada semua pelancong yang datang ke Mossy Forest ini supaya jangan gatal tangan dan kaki nak sentuh lunut-lumut di pokok ini. Ini adalah kerana lumut tersebut mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Bukan satu bulan tetapi, lebih kurang 70 ke 100 tahun untuk tumbuh setaraf itu.


Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored