Cegah COVID-19, Pihak Kuantan Parade Lakukan Saringan Suhu Badan Di Pintu Masuk



Dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, pusat membeli-belah di Kuantan, Kuantan Parade mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan saringan suhu badan di setiap pintu masuk.

Melalui surat kenyataan yang dikeluarkan, saringan suhu badan tersebut telah dikuatkuasa bermula 12 Mac 2020. Buat masa sekarang, hanya 3 pintu keluar masuk sahaja dibuka kepada umum manakala 1 pintu lagi hanya boleh digunakan bagi tujuan akses barangan (loading bay).




Satu usaha yang bagus ditunjukan oleh Pihak Pengurusan Kuantan Parade dan wajar dicontohi oleh syarikat yang lain. Ambil cakna, sahut seruan mencegah lebih baik dari merawat.

via: Facebook Kuantan Parade
Previous Post Next Post
Sponsored