Cegah COVID-19, Deli Cheese Salurkan 300 Mask Percuma Kepada Pembeli



Keadaan panik yang dicetuskan oleh nitizen mengenai wabak COVID-19 tidak lagi dapat dibendung. Lihat sahaja beberapa pasaraya yang mula kehabisan stock barangan keperluan malah kehabisan mask dan sanitizer disetiap cawangan farmasi diseluruh Malaysia.

Ia membuktikan bertapa paniknya rakyat Malaysia ketika ini. Perdana Menteri juga telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 mac 2020.

Semua kedai makan diarahkan untuk menutup operasi mereka kecuali yang menyediakan perkhidmatan penghantaran sahaja.

Taniah diucapkan kepada Deli Cheese kerana mengikut saranan kerajaan yang melarang kedai untuk beroperasi namun untuk memastikan anda semua tidak 'craving’ dan bukan dalam keadaan kelaparan.

Di sini Deli Cheese menyediakan beberapa alternative untuk anda sebagai pembeli.

1) Pesanan melalui aplikasi penghantaran iaitu Food Rider, Food Panda, Food Valet dan Hungry.

2) Drive thru: Anda hanya perlu menggunakan aplikasi whtsapp dan terus memaklumkan kepada team Deli Cheese waktu untuk pick up makanan anda dan hanya tunggu sahaja di dalam kereta , team Deli Cheese akan menghantar ke kenderaan anda di hadapan parking terminal sentral namun anda terlebih dahulu perlu menghubungi kami di talian 013-4624729.

3) Bermula hari ini sehingga 31.3.2020 Deli Cheese akan menyediakan perkhidmatan COD. Penghantaran terus ke pintu rumah anda melalui team Deli Cheese sendiri . Caj penghantaran akan dikenakan mengikut Kawasan. Anda juga boleh terus menghubungi deli cheese di talian 013-4624729.

Jadi korang boleh terus menghubungi Deli cheese di talian tetera untuk mengambil mask yang diberikan secara percuma kepada anda dengan drive thru di terminal sentral Kuantan dan COD di depan pintu rumah anda!

Previous Post Next Post
Sponsored