Ayuh Tenangkan Fikiran Secara Percuma Di Perpustakaan Awam Pahang

Gambar: pahanglibrary

Maksud percutian kepada seseorang boleh dibahagikan kepada banyak cabang. Ada yang fikir percutian itu satu penerokaan, ada yang nak menenangkan fikiran, dan ini juga termasuk kepada ulat buku di luar sana.

Perpustakaan mungkin bukan satu tempat percutian bagi anda yang sukakan cabaran, namun bagi yang suka membaca, tempat ini adalah seperti lombong emas bagi mereka. Perpustakaan ini bukan sekadar tempat untuk membaca buku, kerana sebenarnya banyak aktiviti lain yang boleh dibuat disini.



Perpustakaan Awam Pahang ini menempatkan orang dewasa dan kanak-kanak di dua bahagian yang berbeza. Seperti perpustakaan yang lain, anda boleh meminjam buku-buku disini namun majalah dan akhbar hanya boleh dibaca bukan dipinjam.

Disini juga terdapatnya dewan yang disediakan untuk aktiviti perpustakaan dan dewan ini juga boleh disewakan kepada anda pada kadar yang telah ditetapkan. Untuk sewaan, anda boleh berhubung dengan Bahagian Khidmat Pengurusan PPAP untuk maklumat lanjut.



Galeri multimedia pula terbuka kepada orang awam berusia 13 tahun ke atas sahaja. Syarat dan peraturan penggunaan boleh dirujuk di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan mengikut caj perkhidmatan seperti yang telah ditetapkan. Dan tidak perlu dikatakan lagi kemudahan Wi-Fi ada disediakan disini.

Bahagian paling popular di perpustakaan ini semestinya adalah Petrosains Playsmart Kuantan, yang terletak di tingkat bawah perpustakaan ini. Kemasukan adalah percuma dan merupakan tempat yang menarik untuk kanak-kanak belajar mengenai sains.

Gambar: petrosains

Perpustakaan kini memberikan perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT.

Sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info-info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored