5 Tip Bercuti Ke Pantai Yang Awak Kena Tahu Kalau Tak Nak Hilang Gembira



Kuantan semestinya begitu terkenal sebagai salah satu destinasi percutian pantai yang menarik di Malaysia. Sekiranya anda merancang menikmati pantai di sini, ketahui 5 tip semasa bercuti ke pantai ini agar liburan anda berjalan lancar dan menyeronokkan.

1. Guna pakaian yang sesuai

Pertama sekali, pakaian semasa percutian pantai amatlah penting. Aktiviti di pantai memerlukan anda banyak berjalan di atas pasir lembut dan bermain air. Jadi, gunakan pakaian yang ringgan dan mudah kering.

Kaki pula, cukup sekadar selipar atau sandal. Kaum hawa tak perlu pakai kasut tumit tinggi bagai, kalau pakai juga cuma satu nak tanya, awak dah kenapa?

2. Pakai SunBlock

90% aktiviti di pantai adalah outdoor dan selalunya dalam cuaca yang panas terik. Maka elok anda gunakan perlindungan kulit seperti sunblock atau sunprotector supaya kulit tidak menggelupas, melecur atau terbakar (sunburn).

Nampak macam tak penting, walaupun sekejap kesan untuk kulit anda pulih seperti sediakala kadang menggambil masa dua minggu atau lebih.



3. Bawa beg kalis air

Semestinya ke pantai untuk anda gembira bermain aktiviti air. Bawa beg kalis air amat penting, kegunaan utama adalah untuk memastikan barang-barang berharga seperti telefon, dompet atau barang kemas sentiasa selamat bersama anda.

4. Minum air banyak

Dalam keadaan cuaca pantai yang panas terik, pastikan anda minum air mineral dengan banyak bagi mengekalkan hiderasi tubuh. Baru tak demam.

5. Kelengkapan peribadi

Yang terakhir sekali adalah barang-barang kelengkapan peribadi (toiletries) seperti sabun, shampu, tuala, cermin tisu dan apa yang patut. Sebabnya, kemudahan awam di pantai tidaklah lengkap seperti di bilik mandi hotel. Ia tidaklah begitu penting, tapi baik untuk keselesaan tubuh sendiri.

Dan sebelum terlupa, selepas puas enjoy nanti jangan lupa buang atau bawa pulang semua sampah. Jom bersama kita menjaga kebersihan pantai kita.

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored