5 Aktiviti Yang Anda Mesti Lakukan Jika Melancong Ke Sungai Lembing

Gambar: agarakutidaklupa

Sungai Lembing adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah di Kuantan yang berjaya meraih nama El-Dorado Timur semasa zaman dahulu. Sungai Lembing ini juga merupakan tempat paling sesuai jika anda ingin bersantai-santai sambil melancong.

BACA: Kayanya Sungai Lembing Dahulu Hingga Digelar 'El-Dorado Of Asia'

Gambar: pahangtourism

1. Jambatan Gantung

Di sini anda boleh menjumpai beberapa jambatan gantung yang menghubungkan seberang sungai ke bandar utamanya. Selain berjalan di atas jambatan gantung ini, anda juga boleh mengayuh basikal jika anda berani.

Gambar: pahangtourism

2. Air Terjun Pelangi

Sinonim dengan namanya, disini anda boleh melihat pelangi namun hanya jika anda merancang dan memulakan perjalanan anda lebih awal. Menaiki 4W, jejak ini disediakan dengan arah perjalanan yang lengkap membolehkan anda sampai terus ke air terjun ini.

BACA: Lelaki Ini Kagum Lihat Air Terjun Sungai Lembing, Tercantik Di Malaysia

Gambar: pahangtourism

3. Gunung Tapis

Ia terletak kira-kira 16 kilometer dari Sungai Lembing yang menyediakan tempat perkhemahan untuk pelancong selain daripada aktiviti-aktiviti seperti dakian hutan, melihat burung dan berendam di mata air semulajadi.

Gambar: pahangtourism

4. Bukit Panorama

Terkenal dengan pemandangan matahari terbitnya, disini anda hendaklah nagun awal pagi untuk medaki hingga ke puncak bukit untuk menikmati pemandangannya. Ingatlah untuk membawa lampu suluh kerana lampu jalan tidak disediakan disini.



5. Berbasikal di sekitar Sungai Lembing

Ini mungkin seperti aktiviti yang biasa bagi anda dan boleh dilakukan dimana sahaja namun kelainananya adalah suasana disini begitu daman sekali membolehkan anda merasakan pengalaman penuh berpusing-pusing di sekitar bandar Sungai Lembing ini.

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored