Tasik Bukit Ibam Di Pahang, Keindahan Membiru Yang Terlalu Menggoda Mata

Gambar: FindTravelPartner

Bukit Ibam, Muadzam Shah merupakan sebuah bukit yang mempunyai banyak kisah berlainan mengenai asal usul namanya. Namun kebanyakannya menyatakan bahawa Bukit Ibam ini mendapatkan namanya setelah diberitahu oleh G. SCLLOW yang bekerja sebagai 'Electrical Superintendent' di 'Rompin Mining Company' (ROMPINCO) pada 1940an .

Beliau menyatakan pengertian I.B.A.M adalah akronim yang diambil daripada tajuk sebuah buku iaitu ‘I Bought A Mountain’ yang ditulis oleh Thomas Firbank. Buku ini kemudiannya dibaca oleh Mr.Fittburg, seorang jurutera ukur syarikat tersebut yang turut menamakannya Ibam setelah mengetahui bukit itu masih tidak bernama.

BACA: Syoknya Taman Air Darul Makmur Di Pahang Ini

Gambar: commoncourtesy28

Perlombongan bijih besi di Bukit Ibam dipercayai bermula selepas negara mencapai kemerdekaan lagi. Bukit Ibam juga merupakan antara pengeluar bijih timah yang terbesar di Asia suatu ketika dulu. Tasik biru yang berada di Bukit Ibam ini juga adalah salah satu daripadanya.

Walaupun ia kelihatan sangat indah dan mempersonakan, tetapi tasik ini adalah bekas tempat perlombongan bijih besi yang lama yang diklasifikasikan di bawah tasik kuari. Kuari membawa maksud kegiatan atau lokasi perlombongan lubang terbuka bagi mendapatkan batu atau galian, biasanya di kawasan berbukit.

BACA: Air Sungai Bewarna Hitam, Permata Tersembunyi Yang Menakjubkan Di Pekan Pahang

Gambar: FindTravelPartner

Tindak balas kimia daripada bijih besi itu dipercayai sebagai punca tasik itu kelihatan sangat biru dan jernih. Dan ini di tambahkan lagi dengan fakta bahawa tiada hidupan akuatik yang boleh anda ditemui di dalam tasik ini.

Sehubung dengan itu anda disaran untuk tidak menyentuh tasik ini, apatah lagi mandi di dalamnya. Namun sebegitu, tidak dinafikan bahawa tasik ini mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored