Tak Boleh Tangkap Ikan Temalian Di Sepanjang Sungai Pahang Hingga April

Gambar: Umpan

Bermula bulan ini sehingga April, orang ramai dilarang menjalankan sebarang aktiviti penangkapan Ikan Temalian atau juga dikenali sebagai Ikan Temeloh di Sepanjang Sungai Pahang.

Larangan perintah ini dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Pahang. Ia adalah bagi mengelak spesies ikan tersebut daripada pupus memandangkan waktu ini merupakan musim Ikan Temalian bertelur.

Ikan ini amat berharga sebab itu larangan dibuat. Kita sebenarnya mahu spesies ikan ini terus ada di Sungai Pahang. Kalau tidak dikawal ikan temalian tidak dapat membiak dan spesies bakal berkurangan.

Tindakan ini dibuat mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang. Individu yang didapati melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun sebanyak RM100 sehingga RM5,000 termasuk merampas semua peralatan menangkap ikan.

Ikan berharga di Negeri Pahang ini umpama ikan Salmon ikan yang akan naik ke darat sewaktu bertelur.

Kongsi artikel ini kepada kaki pancing supaya mereka tahu dan bersama kita menjaga khazanah alam di negeri kita.

via: SHO

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post