Stesen Satelit Bumi Kuantan Di Beserah Ini Akhirnya Lenyap Selepas 50 Tahun



Mula beroperasi sejak tahun 1970, stesen satelit bumi pertama di Malaysia yang terletak di Beserah, Kuantan bakal lenyap sepenuhnya tahun ini.

Stesen satelit bumi Kuantan di Beserah ini dibina bertujuan meningkatkan hubungan telefon dan siaran televisyen antarabangsa. Televisyen Malaysia yang dimulakan pada 1963 dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Secara ringkasnya, pada tahun 1968 satu perjanjian telah dibuat bersama Syarikat Mitsubishi Shogi Kaisah Berhad. Projek stesen satelit bumi pertama di Malaysia ini siap dibina sepenuhnya adalah pada tahun 1970 dirasmikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Stesen yang dibina dengan harga RM 9 juta ini telah membuka lembaran baru bagi Malaysia dalam sejarah perkembangan dan kemajuan sistem komunikasi seperti yang dicapai oleh negara membangun yang lain pada ketika itu.

Baca: Kenali Siapa Pemilik Nama Jalan 'Dato Wong Ah Jang' Kuantan

Walaupun Malaysia telah menggunakan sistem perhubungan satelit sejak tahun 1965, namun memiliki stesen satelit bumi yang pertama di negara sendiri adalah pada tahun 1970 iaitu stesen satelit bumi Kuantan yang bertempat di Beserah.

Ketika inilah Malaysia mula meluaskan aliran telekomnya menerusi satelit di Lautan Hindi dengan Britain, Austaralia, Jepun, Pakistan Timur Barat, India dan Indonesia. Stesen satelit tersebut ini boleh menerima dan memancar siaran-siaran televisyen dari negara luar.

Nampaknya setelah 50 tahun, mercu yang menjadi kebanggaan penduduk Beserah ini akan dirindui ramai. Perkara ini dapat dilihat menerusi komen-komen dalam satu posting yang diterbitkan Kampung Beserah di Facebook mereka.

Mercu Beserah Hilang Tanda | Satelit Bumi Kuantan yang merupakan Ground Satellite pertama di Malaysia adalah mercutanda...

Posted by Kampung Beserah on Saturday, February 15, 2020


Rata-rata ramai pengguna berkongsi memori indah mereka bersama stesen satelit bumi Kuantan di Beserah ini. Anda pernah ke sini? Apa kenangan yang anda masih ingat, jom kongsi dengan kami.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored