Sertai Kejohanan E-Sukan (ML) Kuantan Rampage League Febuari Ini



Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bermula 2020 KUANTANLOKA akan mula memfokuskan kepada komuniti e-sukan di Kuantan melalui saluran KUANTANLOKA Rampage.

Melihat kepada industri e-sukan yang semakin mendapat sambutan terutama golongan belia, kami percaya, dengan saluran platform yang betul kita mampu bersama mewujudkan sebuah komuniti yang positif serta bersosial secara sihat.

Sekiranya berjalan lancar, KUANTANLOKA Rampage akan menganjurkan kejohanan e-sukan di Kuantan setiap bulan sepanjang tahun 2020. Kejohanan pertama akan bermula pada 22 Febuari ini, untuk peringkat awal kami akan memfokuskan pada permainan Mobile Legends terlebih dahulu.

Buat anda yang berminat menyertainya, anda boleh mendaftar sebagai peserta di kejohanan e-sukan (Mobile Legends) Kuantan Rampage League pada Febuari ini.



Acara bermula pada 22 Febuari 2020 seawal jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Restoran De Beserah, Beserah, Kuantan.

Terbuka untuk semua pemain Mobile Legends di Kuantan, slot terhad kepada 8 pasukan sahaja. Pastikan anda tidak terlepas untuk turut serta di Kejohanan E-Sukan Kuantan Rampage League.

Tawaran hadiah tempat pertama sebanyak RM300.00, RM200.00 untuk tempat kedua, dan RM100.00 di tempat ketiga. Manakala pasukan di tempat keempat akan membawa pulang RM50.00 dan semua peserta pula layak mendapat sagu hati.

Lagi menarik, semua peserta akan mendapat kupon diskaun set menu Chicken Chop di Restoran EdDe, dan cabutan bertuah. Oh ya, makan dan minum turut disediakan secara percuma! Yuran pendafaran RM25.00 untuk satu pasukan.

Jangan lepaskan peluang ini, jom daftar cepat sebelum slot penuh! Ikut cara mudah di bawah:

1. Pergi ke Shop KUANTANLOKA (Klik Di sini)
2. Purchase item 'Pendaftaran Kuantan Rampage League Febuari' dan tekan BUY NOW
3. Isikan maklumat lengkap seperti nama, alamat, dan no telefon pada bahagian Check Out
4. Lakukan pembayaran online
5. Semak email anda untuk lihat slip pengesahan
6. Pendaftaran berjaya. Team kami akan menghubungi anda melalui Whatsapp untuk langkah seterusnya

Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga follow KUANTANLOKA Rampage di Facebook. Kejohanan e-sukan Kuantan Rampage League ini dibawakah khas untuk anda dengan sokongan padu TYM Community, KUANTANLOKA Media dan pasukan Rampage.

Jangan terlepas info terbaru dari kami, jadi yang terawal untuk tahu. Sertai kami di Telegram @kuantanloka.
Previous Post Next Post