Selami Keistimewaan Terenang, Tembikar Tradisonal Melayu Pahang Yang Unik



Tembikar tradisonal Pahang atau lebih dikenali sebagai Tembikar Terenang merupakan produk utama tembikar Tembeling yang menjadi warisan negeri Pahang. Kegiatan membuat tembikar ini bermula di Kampung Pasir Durian sejak sekian lama.

Terenang mempunyai keindahan yang tersendiri berdasarkan proses pembuatan, bahan yang digunakan, reka bentuk, hiasan dan fungsi. Tembikar ini dihasilkan daripada tanah liat dan dihiasi dengan gaya tradisional tempatan untuk menyerlahkan identiti tempat asal pembuatannya.



Ia berfungsi untuk kegunaan perubatan tradisional seperti upacara jampi serapah bagi mengisi air mawar asli sebagai ubat penawar dan mengangkut serta menyimpan air.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Pahang, tembikar tradisional ini merupakan satu objek yang mengandungi nilai sebagaimana objek seni yang lain.

Proses pembuatan berdasarkan kepakaran dan reka bentuk yang unik dan sukar dibuat menggunakan tangan. Proses penghasilan tembikar secara tradisional bermula dengan proses pencarian tanah yang didapatkan melalui proses pengalian tanah di tanah rizab.

Gambar: UMP

Kraftangan tembikar tradisional adalah salah satu warisan seni dan sejarah Malaysia yang harus dilestarikan, bukan hanya dilihat dan dipentingkan dari aspek komersilnya sahaja.

via:Universiti Malaysia Pahang

Dapatkan info-info pelancongan terkini di Kuantan dan Negeri Pahang, sertai telegram @kuantanloka
Previous Post Next Post
Sponsored