Rakyat Pahang Kongsi Idea Yang Mungkin Menarik Selain Nama Menara Kuantan 188



Selepas pengumuman nama baru Menara Teruntum kepada Menara Kuantan 188, isu ini nampaknya mendapat pelbagai respon daripada rakyat di Pahang, Khasnya.

Boleh dikatakan, majoriti pendapat yang dikemukakan di ruangan komen Facebook Kuantan kurang bersetuju dengan pengunaan nama Menara Kuantan 188 malah merasakan nama Menara Teruntum sebelum ini lebih menarik.


Menara 06 lah stedi, orang Pahang kan....👍🏻
Posted by KUANTAN on Wednesday, February 26, 2020


Melihat kepada komen warga tempatan, ada yang mencadangkan menara ini diberi nama Menara Sultan Ahmad Shah seperti menara Burj Khalifa, Dubai yang diambil bersempena nama pemimpin dan ia lebih kelihatan melambangkan identiti kuat bagi sesebuah Negeri atau Negara.

Selain itu, nama-nama lain yang dicadangkan adalah Menara Darul Makmur, Menara Kuantan, Menara Makmur, Menara Tok Gajah dan sebagainya. Apa pula idea anda? Kongsikan bersama kami diraungkan komen.

Untung menjadi rakyat Pahang kerana kerajaan kita hari ini sentiasa prihatin dan tak jemu mendengar pendapat serta suara rakyat. Salam 188 semua.

via: Facebook Kuantan

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored