Rakam Keindahan Pahang Dan Menang Wang Tunai RM3,000 Setiap Bulan

Gambar: Berjaya Hill

Minat dengan seni videografi? Serlahkan bakat dan kreativiti anda, paling seronok boleh dapat wang tunai setiap bulan!

Sempena Visit Pahang 2020, Tourism Pahang melancarkan pertandingan video pendek 'Pahang Simply Awesome' bertujuan mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di Pahang.

Pertandingan ini diadakan setiap bulan dengan tema berbeza-berbeza. Pemenang video menarik setiap bulan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan sijil serta baucar penginapan percuma! Menarik sungguh.

Untuk juara tahunan pula layak memenangi wang tunai sebanyak RM30,000!





Tahu tak, selain boleh menang wang tunai ini adalah peluang untuk rakyat Pahang berbakti kepada negeri tercinta. Terlalu banyak tempat menarik di Pahang untuk tak dikongsikan, jom mula rakam dan sertai pertandingan ni.

via: Tourism Pahang

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post