Penginapan Yang 'Best' Untuk Backpackers Di Cameron Highland Serendah RM25



Terlalu subjektif untuk dalami maksud sebenar 'backpackers', namun bagi kami backpackers adalah pengembara berjiwa besar yang suka menjelalah dengan bebas demi mendapatkan kepuasan maksima. Bagaimana pula menurut anda?

Travel gaya backpackers tak semestinya ke luar negara sahaja, di Malaysia pun boleh!

Anda suka travel secara backpackers? Jika ya, ini mungkin penginapan menarik untuk anda bermalam di Cameron Highland.

Umum mengetahui, kejelitaan alam di Cameron Highland memang memukau.Ini juga alasan kenapa destinasi ini sering menjadi salah satu lokasi tumpuan pelancong luar negara di Pahang.



Tidak perlu hotel yang mewah, backpackers kebiasaannya lebih gemar memilih penginapan hostel sebagai tempat bermalam. Penginapan ini biasanya lebih murah berbanding hotel namun masih menawarkan pengalaman tidur yang baik dan selesa.

Selain itu, antara kelebihan hostel adalah dapat bertemu lebih ramai backpackers dari pelbagai negara. Bolehlah tambah senarai rakan, sudah tu bertaraf antarabangsa lagi.




Sekiranya anda mencari penginapan jenis ini di Cameron Highland, Travel Bunker Hostel adalah pilihan yang ideal. Cukup menepati ciri-ciri yang dimahukan seorang backpackers, lebih menarik harga semalam di sini boleh didapatkan serendah RM25 semalam sahaja.

Terdapat empat jenis bilik ditawarkan di sini. Antaranya bilik perkongsian (mix dorm) 8 orang, 6 orang, 4 orang dan bilik berkongsian (female dorm) 4 orang. Harga untuk bilik perkongsian bermula dari RM25 sehingga RM40 semalam.

Namun, sekiranya anda mahukan lebih privasi, di sini juga ada menawarkan bilik deluxe dengan 4 katil pada harga serendah RM150 sehingga RM170 semalam.





Kenapa perlu bayar lebih semata untuk tidur? Selain menawarkan harga penginapan rendah, Travel Bunker Hostel dilengkapi pelbagai fasiliti seperti menyediakan WiFi percuma, ruang bacaan, dapur, mesin ATM, kedai runcit, cafe dan restoran.

BACA: Penginapan Di Tengah Bandar Kuantan Pada Bajet RM30 Termasuk Sarapan Dan WiFi Percuma

Tip ekstra, menempah melalui HostelWorld.com kadang-kala lebih murah berbanding laman web lain dan pembatalan adalah percuma.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored