Pahang FA Lancar Aplikasi Mudah Alih, Kini Beli Tiket Lebih Mudah Secara Online



Selain melancarkan jersey rasmi bagi skuad Tok Gajah, Pasukan Bola Sepak Pahang (PBNP) selangkah maju kehadapan apabila memperkenalkan aplikasi mudah alih rasmi Pahang FA.

Aplikasi khas ini menjadikan Pahang sebagai pasukan pertama dalam Liga Super yang memiliki aplikasi sendiri. Melalui aplikasi ini, penyokong Pahang kini lebih mudah mendapatkan tiket perlawanan dan membelinya secara online.

Turut dimaklumkan, dengan aplikasi Pahang FA ini pengguna boleh menyemak jadual perlawanan serta mendapatkan koleksi cenderahati rasmi yang terkini dari Skuad Tok Gajah.


Selain dari pelancaran jersi, semalam juga secara rasmi Applikasi Pahang FA dilancarkan serentak.

Apa ada dalam...
Posted by Pahang FA on Monday, February 24, 2020


Berminat untuk mencubanya, anda boleh muat turun aplikasi Pahang FA di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.
Previous Post Next Post
Sponsored