Menara Teruntum Kini Dinamakan Semula Sebagai Menara Kuantan 188

Gambar: Amzari Mohd

Menara yang bakal menjadi kebanggaan orang Kuantan dan mercu tanda yang baharu ini, Menara Teruntum nampaknya dinamakan semula sebagai Menara Kuantan 188.

Keputusan nama baru Menara Kuantan 188 ini diumumkan sendiri semalam oleh Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail semasa majlis penyerahan oleh ECER kepada Kerajaan Pahang.

Menara dengan ketinggian 180 meter kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur ini dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut termasuk memberi tempias kepada kawasan-kawasan berdekatan seperti Taman Kerang, Taman Esplanade, Mini Zoo Teruntum dan Bandar Diraja Pekan.

BACA: 5 Perkara Menarik Tentang Menara Teruntum Kuantan Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Menara Kuantan 188 yang terletak di Laman Teruntum, Kuantan dijangka dibuka kepada orang ramai akhir tahun ini.

Bagaimana menurut anda? Kongsikan komen dan pendapat anda tentang nama baharu Menara Kuantan 188 ini bersama kami.

via: HMetro

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored