Lihat Kehidupan Orang Asli Semelai Di Pahang Dari Sudut Yang Jarang Didedahkan


Mendekati Suku Orang Asli Semelai di daerah Bera, Pahang secara tidak sengaja dalam satu projek menjebak jurugambar kelahiran Pahang, Ashraf Afandi untuk merakam semula kehidupan mereka dalam bentuk video.

Video berjudul Semelai - Lubuk Perah dimuat naik sekitar tahun 2018 di Youtube ini bakal membawa anda lebih dekat dengan kehidupan Suku Orang Asli Semelai di Pahang dari satu sudut mendalam yang jarang didedahkan kepada umum.

Ketika berkongsi pengalaman bersama KUANTANLOKA, Ashraf Afandi menceritakan berasa kagum terhadap cara mereka meneruskan kelangsungan hidup meskipun sedikit terasing. Mereka adalah kelompok yang lari dari stereotaip, tidak malas malah sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka dapat bersekolah seperti orang lain.

Turut dikongsikan, masyrakat Orang Asli disini terpaksa bersama-sama berkongsi wang demi menampung kos perbelanjaan menyewa bas sekolah, kekurangan peralatan persekolah, pakaian dan sebagainya.

Mereka seakan terhimpit dan terasing. Kecekalan mereka menjalani kehidupan mendorong Ashraf Afandi untuk menghasilkan sebuah dokumentari pendek Semelai - Lubuk Perah.

Cuba anda bayangkan sesi strugle mereka, mengekalkan tradisi dan budaya sebagai suku Orang Asli Semelai agar tidak hilang ditelan zaman, namun dalam masa sama turut tidak mahu terlepas mengikuti perkembangan semasa seperti orang lain dalam keadaan serba kekurangan.

Ashraf Afandi merupakan seorang jurugambar kelahiran Kuantan, Pahang yang banyak menghasilkan karya-karya diluar kebiasaan normal. Anda boleh ikuti perkembangan beliau di Facebook Ashraf Afandi di sini.

Kongsi karya anda bersama pembaca KUANTANLOKA, sila rujuk bahagian Hantar Artikel. Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored