Lao Wu, Anjing Pertama Cipta Sejarah Menerima Anugerah Dari Polis Pahang

Gambar: Bernama Pic - FMT

Lao Wu, seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) cipta sejarah baharu sebagai anjing pertama yang mendapat pingat anugerah Jasamu Dikenang bagi polis kontijen Pahang.

Anugerah yang diberikan adalah sebagai penghargaan kepada Lao Wu kerana berjaya mengesan seorang suspek curi kenderaan yang melarikan diri sejauh lebih empat kilometer di ladang kelapa sawit di Felda Sungai Tekam, Jerantut pada 14 November tahun lalu.

Lao Wu berjaya mengesan suspek yang melarikan diri selepas ditembak di bahagian kaki oleh pihak polis ketika operasi Lejang. Lao Wu menemui baju-T berlumuran darah yang dipercayai ditinggalkan suspek selepas mengelap darah pada kakinya.

Penghargaan kepada anjing berusia lima tahun lapan bulan ini disempurnakan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan. Anugerah itu disampaikan ketika Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pahang, semalam.


via: Rencah
Previous Post Next Post
Sponsored