Keunikan 'Hutan Merah' Di Pahang Ini Membuatkan Anda Seolah Hidup Di Alam Fantasi

Gambar: syedhafeezalyahya

Tidak perlu disebut lagi bahawa trek dakian di Pahang ini semuanya mempunyai keunikannya yang tersendiri . Di Jerantut, anda boleh mencabar diri anda untuk mendaki Bukit Buluh yang mampu memberikan anda kejutan istimewa di sepanjang anda mendakinya.

Bukit Buluh atau nama glamornya, “Red Forest” yang ditafsirkan kepada Hutan Merah merupakan jejak mendaki yang terletak di Felda Padang Piol, Jerantut. Bukit Buluh yang mempunyai ketinggi sehingga 331 meter ini terkenal dengan pokoknya yang berwarna merah menjadikan tempat ini kelihatan berada di alam fantasi.

Gambar: syedhafeezalyahya

Mulakan jejak dakian anda di kawasan ladang kelapa sawit sebelum anda dihidangankan dengan keunikkan ‘Red Forest’ ini. Disini terdapat kira-kira 20 pokok yang dahannya berwarna merah dan ia mampu memberikan anda perasan istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Nama pokok ini dikatakan adalah Gelam Merah. Kulit pokoknya yang berwarna merah juga dikatakan sangat lembut dan mempunyai akar yang berselarat. Hanya pendaki di Bukit Buluh ini sahaja yang tahu mengenai kesahihan tekstur pokok ini.


Gambar: syedhafeezalyahya

Anda mungkin tertanya-tanya bahawa adakah kemerahan pokok di Bukit Buluh ini merupakan hasil daripada kerja tangan manusia, namun sebenarnya pokok-pokok ini adalah hasil semula jadi yang seharusnya dipelihara untuk generasi depan.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored