Kelihatan Seakan Plastik, Spesies Obor-Obor Ini Mampu Mendatangkan Maut Kepada Anda



Bila dah nak dekat hujung minggu ini, anda mesti sedang rancangkan aktiviti untuk berjalan-jalan bersama keluarga anda. Tidak diragui lagi, Kuantan mempunyai pelbagai tempat yang menarik, dan salah satunya adalah pantai yang jernih lagi indah ini .

Bagi yang suka berjalan-jalan di pantai, ini adalah pesanan kepada anda. Sejenis obor-obor dikenali sebagai Portuguese Man-of-War boleh membawa maut kepada anda. Obor-obor ini kelihatan seperti plastik yang terapung atau cengkerang, namun kesannya sangat buruk.





Obor-obor ini adalah spesies pemangsa yang menggunakan sesungutnya untuk menyengat dan memakan ikan-ikan kecil, udang, dan hidupan laut yang lain. Sesungutnya memberikan sengatan yang kuat dan juga digunakan untuk pertahanan terhadap hidupan laut yang lain.

Sengatan adalah bertujuan untuk melumpuhkan ikan kecil sehingga mereka dapat dimakan. Pada manusia, reaksinya adalah sederhana tetapi akan meninggalkan parut panjang hasil daripada sengatannya.



Dalam sesetengah kes yang berlaku, ia boleh mengancam nyawa anda. Sekiranya anda disengat oleh obor-obor ini, anda disarankan untuk segera ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda.

Jika anak-anak anda sering berjalan-jalan ditepi pantai tanpa memakai selipar atau sering mengutip cengkerang, anda dinasihati untuk memberikan tumpuan penuh kepada mereka.

Dapatkan info-info pelancongan terkini di Kuantan dan Negeri Pahang, sertai telegram @kuantanloka
Previous Post Next Post