Alami Pengalaman Hebat Menyusuri Sungai bersama Kuantan River Cruise

Gambar: visit-malaysia

Tidak dapat dinafikan lagi, Kuantan merupakan sebuah tempat percutian yang kasual dan berkos rendah. Sekiranya ke Kuantan, anda akan melihat simbol Kuantan bertentangan dengan Taman Esplanade Kuantan.

Pernahkah anda berasa untuk melihat simbol ini dengan lebih dekat? Menaiki bot sambil menikmati rasa angin di petang hari . Kalau ya, anda bolehlah cuba merasai pengalaman menaiki Kuantan River Cruise ini.

Gambar: Attraction

Pelayaran ini akan membawa anda melalui landskap indah hutan rizab bakau yang berusia 500 tahun yang boleh dilihat sepanjang Sungai Kuantan. Anda boleh melihat paya bakau yang menjadi habitat untuk pelbagai jenis tumbuhan, burung dan juga ikan. Tidakkah anda berasa tertarik hati?

Perlayaran lebih kurang dua jam ini, digabungkan pula dengan berjalan-jalan di ‘Kuantan Mangrove Forest’. Disini anda boleh memerhati habitat burung-burung di dalam hutan ini. Ketenangan di sini mampu membuatkan anda melupai mengenai tekanan anda.

Gambar: lonelyplanet

Jika ingin lebih pengalaman, anda boleh cuba mengambil pelayaran selepas jam 7.00 malam. Pada waktu ini anda bukan sahaja dapat melihat kelip-kelip di senja hari tapi juga dapat melihat kelibat buaya di dalam sungai ini.

Nak lebih banyak info-info percutian menarik di Kuantan dan Pahang? Sertai kami di Telegram @kuantanloka.
Previous Post Next Post