Air Sungai Bewarna Hitam, Permata Tersembunyi Yang Menakjubkan Di Pekan Pahang

Gambar: lensapekan

Terkenal dengan nama 'Black Water Jewel', Sungai Bebar yang berwarna hitam ini sebenarnya terletak di kompleks hutan paya gambut terbesar di Asia Tenggara berdasarkan 'Human Development Report' (UNDP 2006).

'Black Water Jewel' yang ditafsirkan kepada Air Permata Hitam adalah berpunca kerana warna airnya yang hitam, disebabkan oleh pewarna semulajadi daripada kandungan bahan organik tinggi yang berada di dalam sungai ini.

Gambar: lensapekan

Hutan paya gambut ini adalah salah satu contoh warisan yang kaya dengan sumber semulajadi yang boleh ditemui di hutan hujan tropika di Malaysia.

Ia diadaptasikan untuk bertoleransi dengan paras air yang tinggi, menghasilkan habitat yang mampu mempamerkan ciri-ciri ekologi khas yang seterusnya memberikan perlindungan kepada kepelbagaian jenis tumbuhan dan haiwan-haiwan.

Gambar: lensapekan

Bebar adalah sungai yang mengalir di dalam hutan paya gambut dari tempat tinggal Orang Asli. Ia terletak kira-kira 40 km dari Pekan, Pahang. Sungai ini merupakan tempat istimewa untuk anda melawat kerana sungai ini adalah tempat yang tidak diganggu dengan pembangunan bandar.

Untuk mendapatkan pengalaman penuh disini, anda juga boleh berkhemah di sepanjang Sungai Bebar ini. Dari tempat Orang Asli di Runchang (sepanjang Lebuhraya Segamat-antara Chini - Muadzam Shah), anda boleh menyewa bot bermotor atau kanu untuk menyusuri ke sungai sepanjang perjalanan ke Nenasi.

Gambar: lensapekan

Anda disarankan untuk berhenti di mana-mana kampung Orang Asli di sepanjang jalan, bermalam bersama mereka dan kemudian teruskan perjalanan anda pada keesokan harinya.

Perjalanan sepenuhnya akan mengambil masa 3 hari, 2 malam,jadi bawalah peralatan perkhemahan, makanan, air minuman, kemudahan untuk memasak, peralatan menangkap ikan dan pakaian yang mencukupi.

Jangan lupa untuk mengupah pemandu pelancong Orang Asli dari kampung yang anda menetap. Anda juga boleh melakukan lawatan ini bermula dari Nenasi dan berakhir di Runchang.



Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan, memancing adalah aktiviti utama. Selain itu, anda juga boleh melihat burung, dan banyak flora dan fauna lain yang tidak dapat ditemui di kawasan lain.

Dan bagi anda yang ingin menyusuri sungai ini tanpa berkhemah, aktiviti pelayaran untuk anda memerhati burung atau berkayak juga boleh dilakukan disini. Pelayaran sungai selama tiga jam juga boleh diatur dari Runchang ke Nenasi di Pekan.



BACA: Menurut Kisah Legenda, Inilah Kenapa Buaya Di Pahang Tidak Makan Orang

Walaupun buaya di Pahang tidak makan manusia namun anda disarankan untuk berhati-hati dengannya kerana kadang-kadang anda dapat melihat mereka terapung di sungai. Kadang-kadang, anda juga dapat melihat mereka bersembunyi di tebing sungai untuk melindungi sarang mereka.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored