5 Tempat Bagus Di Kuantan Untuk Perkembangan Minda Anak Anda



Bila anda dan keluarga anda hendak bercuti perkara penting yang kena diambil peduli mestilah anak anda. Adakah tempat tersebut sesuai untuk anda? Bahayakah untuk anak anda? Perkara begini mestilah diutamakan semasa membawa anak anda untuk bercuti.

Anda tidak perlu risau lagi kerana tempat percutian yang menarik lagi bagus untuk perkembangan minda anak anda juga ada di Kuantan ini.



1.Natural Batik Village

Tempat ini menyediakan pelbagai jenis barangan yang dicanting dengan corak bantik. Disini yang istimewanya anda boleh mencanting batik anda sendiri. Bagus untuk mendidik kesenian dalam diri anak-anak.

Gambar: dinohauz

2. Mini Zoo Teruntum

Mempunyai sejumlah haiwan-haiwan serta info maklumat juga disediakan di hadapan sangkar. Sangat sesuai untuk avtiviti rekriasi semasa bercuti. Sesuai dengan namanya, ini adalah mini zoo, kalau anda berharap ada koala, tidak dapatlah.

Gambar: gramho

3. Taman Esplanade

Di petang hari sangat sesuai untuk menenangkan minda anda sekeluarga. Juga disediakan taman permainan kecil untuk anak –anak anda bersuka ria. Ditambahkan lagi dengan pemandangan Sungai Kuantan, sangat memuaskan.

Gambar: zaran

4. 3D Gallery Sg Lembing

Galeri 3D yang menyediakan lukisan-lukisan yang sangat indah. Tempat yang menyeronokkan dan unik untuk mengambil gambar. Anda boleh menyemak laman web mereka untuk melihat tiket diskaun yang ditawarkan sebelum anda pergi ke sana.

Gambar: dayang

5. Lombong Bijih Timah Sg Lembing

Memberikan anda sekilas memori mengenai kesukaran pada zaman lepas. Lombong ini mempunyai sejarah yang luar biasa dan merupakan lombong bijih timah yang paling dalam dan terpanjang di dunia.

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored