5 'Spot' Cantik Di Kuantan Untuk Letupkan Gambar Anda Di Instagram

Gambar: syafiqazman

Bila anda pergi bercuti, perkara paling penting yang wajib dilakukan mestilah mengambil gambar. Sambil berjalan-jalan,gambar untuk dimuatnaik ke sosial media tidak akan dilupakan. Ramai yang sangggup menaiki kapal terbang semata-mata untuk mencari tempat yang mempersonakan ini.

Namun sekarang anda tidak perlu lagi susah-susah untuk fikir hendak kemana, sebab Kuantan juga mempunyai banyak tempat yang dipanggil 'Insta-Worthy'.

Gambar: mapio

1. Taman Gelora

Selain daripada menenangkankan minda anda disini, tempat ini juga sangat berpadanan dengan ciri-ciri tempat fotografi. Dengan kolam yang dihiasi teratai serta pokok-pokok rimbun yang indah memang sempurna.

Gambar: siethua

2. Teluk Tongkang

Terletak di sebelah Teluk Cempedak, Teluk Tongkang dipenuhi dengan batu-batu yang sangat artistik. Jika anda orang yang mementingkan konsep estetik, anda seharusnya pergi ke sini untuk bergambar.

Gambar: maisinggah

3. Taman Esplanade

Terserlah kecantikan di waktu malam, Taman Esplanade memberikan suasana yang berlainan daripada tempat rekriasi yang lain. Ditambahkan lagi dengan lampu-lampu berwarna warni, memang rugi juka anda tidak ke sini.

Gambar: .maisinggah

4. Bukit Panorama


Sesuai dengan namanya, Bukit Panorama memberikan gambar yang bergitu mempesonakan sekali. Tidak sia-sia anda mendaki lebih kurang 35 minit untuk memperolehi gambar secantik ini.

Gambar: inspirock

5. Pantai Batu Hitam


JIka ingin mengambil gambar yang mampu menarik orang untuk follow anda di Instagram, datanglah seawal yang mampu, untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbit daripada kawasan pantai ini.

BACA: Rumah Rakit, Lokasi Percutian Sungai Yang 'Awesome' Di Kuantan

Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.
Previous Post Next Post