Rumah Rakit, Lokasi Percutian Sungai Yang 'Awesome' Di Kuantan



Kuantan menjadi destinasi percutian yang semakin seronok hari ini. Banyak tempat-tempat yang baharu wujud di Kuantan, salah satu di antaranya adalah Rumah Rakit ini.

BACA: Seronoknya Taman Tema Air Mini Dan Kolam Memancing Pok Nik Di Kuantan Ini

BACA: Rumah Usang Di Kuantan Ini Menyimpan Ribuan Koleksi Barangan Antik Bernilai Tinggi





Berdasarkan perkongsian Tourism Pahang di Facebook, Rumah Rakit ini berlokasi di Sungai Bukit Rangin Kuantan. Penginapan di Rumah Rakit berkeluasan 30 x 40 kaki persegi, dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 1 tandas, dan 1 dapur.

Selain daripada itu, tempat BBQ juga ada sediakan. Rumah Rakit Sungai Bukit Rangin lengkap dengan kemudahan elektrik dan selamat untuk kanak-kanak.

Buat yang tercari lokasi percutian sungai yang cool di Kuantan sempena Visit Pahang 2020 kali ini, Rumah Rakit ini mungkin pilihan ideal dan unik untuk anda cuba nanti.


Jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka untuk dapat lebih banyak info-info percutian terkini di Kuantan dan Pahang.


via: Toursim Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored