Restoran Mak Che' Tomyam Beri Diskaun 10% Khas Untuk Golongan Pelajar

restoran mak che tomayam

Hai, selamat tahun baru 2020! Apa pengharapan yang anda mahukan pada tahun ini, lihat kereta terbang?

Apa pun impian dan harapan anda, kami di KUANTANLOKA menguncapkan selamat tahun baru, moga tahun ini adalah permulaan yang baik untuk anda semua.

Sebagai artikel pertama di KUANTANLOKA pada tahun 2020, jadi kami nak kongsi dengan anda satu berita baik khas kepada golongan pelajar yang berada di Kuantan dan Muadzam.

Sempena tahun 2020, Restoran Mak Che' Tomyam (iya, restoran yang menjajikan makanan Thailand dengan menu-menu sedap di Kuantan dan Muadzam, kami pernah cerita pada artikel lepas) tawar diskaun sebanyak 10% khas kepada golongan pelajar. Tawaran ini boleh didapati di cawangan Kuantan dan Muadzam.

Baca: Restoran Mak Che' Tomyam Buka Cawangan Baharu Di Kuantan


Melalui pengumaman RMCT di Facebook, para pelajar hanya perlu menunjuk kad pelajar sahaja untuk menikmati tawaran diskaun 10%, paling best sebab diskaun ini sudah bermula hingga selama-lamanya. Boleh jimat, kenapa nak membazir bukan?
Previous Post Next Post
Sponsored