Khidmat Surau Bergerak Nadwah Lancar Laman Web Rasmi - mobilmusolla.com



Pada tahun lepas KUANTANLOKA ada terbitkan artikel khas temubual bersama Datuk Haji Halidan yang mana beliau berkongsi kisah-kisah inspirasi disebalik tercetusnya idea mewujudkan surau bergerak yang pertama di Malaysia ini.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Bermulanya Idea Cipta Surau Bergerak Yang Pertama Di Kuantan

Sedikit info tentang Mobil Musolla. Mobil Musolla adalah surau bergerak yang telah memulakan khidmatnya sejak bulan Mac 2015 di pasar-pasar malam di sekitar Bandar Kuantan, Pahang.

Kemudahan yang disediakan oleh Mobil Musolla ialah menyediakan tempat solat yang berasingan di antara jamaah lelaki dan wanita, peralatan seperti tempat wuduk, telekung dan lain-lain.

Setalah 5 tahun beroperasi, pada tahun ini Mobil Musolla selangkah kehadapan dengan melancarkan laman web rasmi mereka di alamat mobilmusolla.com. Melalui ini, anda lebih mudah untuk mendapatkan sebarang info terkini berkenaan aktiviti Khidmat Surau Bergerak Nadwah.



Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang khasnya penduduk di Kuantan, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan secara online juga melalui laman web mobilmusolla.com di sini.

Selain itu, anda turut boleh menyemak jadual operasi Mobil Musolla setiap hari di kawasan-kawasan Kuantan, hubungi Mobil Musolla atau kenal lebih dekat dengan mereka di mobilmusolla.com
Previous Post Next Post
Sponsored