5 Perkara Menarik Menanti Ada Di Sepat Run 2020 Kuantan, Kali Ini



Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Januari 2020 menutup tirai, anda sudah bersedia untuk Sepat Run 2020 nanti? Buat anda yang terlepas untuk tahu mengenai Sepat Run, sila tahu segera di sini. Cepat!

Yang masih belum daftar, anda masih berpeluang mendafar sebelum 31 Januari 2020. Boleh dafar di sepatrun.com.





Tahu tak, selain daripada membawa mesej tentang pentingnya kesedaran tentang sustainable development goals (SDG), dan hari di mana orang-orang Kuantan menikmati pantai sepenuhnya, ini pula 5 perkara menarik bakal menanti anda di Sepat Run 2020 kali ini.



1. Design Baju Yang Sungguh Cool!

Yang ini memang tak boleh dinafikan. Design baju Sepat Run 2020 kali memang lawa betul. Satu-satunya design baju running yang cantik, bukan selesa dipakai ketika bersukan saja, nak bawa masuk East Coast Mall pun sesuai.

Kalau anda perasan, setiap rekaan design baju Sepat Run 2020 ini disertakan mesej mewakili matlamat SDG. Dalam semua 4 design, KUANTANLOKA akan pilih mewakili pasukan biru.


Nak join tim kami? Sertai pasukan LiFe Bellow Water 14!



2. 'Route' Yang Segar Dan Bebas Karbon!

Trek larian yang dikelilingi permandangan super cantik di Kuantan. Mungkin ramai orang Kuantan yang tak tahu, di Kuantan kita ada permandangan sawah padi yang menakjubkan. Kalau nak tengok, wajib sertai Sepat Run 2020.

Dijamin sepanjang larian pasti akan ada waktu anda berhenti untuk swafoto (selfie) atau rakam permandangan menghijau yang fresh! Ada lembu, kerbau dan paling penting laluannya bebas karbon!



3. Santai Sambil Layan Show

Habis penat saja berlari, anda boleh rileks sambil layan show. Waktu yang santai untuk bersama keluarga. Anda pernah berkelah sambil layan show? Kalau tak, Sepat Run 2020 kali ini akan buat anda pernah!



4. Enjoy Foodtruck

Habis berlari, boleh berkelah santai sambil layan show. Tambah menarik boleh cuba banyak makanan yang sedap-sedap di FoodTruck. Tengok gambar ini, terasa rindu pula dekat buritos Burgerak!



5. Dunia Yang Lebih Baik

Apa pun tentang Sepat Run 2020, semua ini kita lakukan untuk ke arah dunia yang lebih baik. Tidak kira bangsa, pangkat atau siapa pun anda. Semua ini usaha yang harus kita lakukan dan bersama mencapai matlamat ke arah dunia yang lebih baik!

Daftar cepat sebelum 31 Januari 2020. Klik di sini atau layari sepatrun.com .

Jadi yang terawal mendapat informasi terkini tentang percutian menarik di Kuantan dan Pahang, sertai Telegram @kuantanloka sekarang!
Previous Post Next Post
Sponsored