5 Alat Ini Jadikan Percutian Pantai Anda Di Kuantan Lebih Seronok



Lebih kurang dua bulan sahaja lagi kita menyambut Sepat Run 2020 iaitu hari di mana orang-orang Kuantan menikmati pantai sepenuhnya. Yang belum mendaftar, anda masih sempat untuk turut serta sebelum 31 Januari 2020. Daftar di sepatrun.com

Baca: Sepat Run 2020, Apa Yang Orang Kuantan Patut Tahu Sebelum Akhir Januari Ini

Sudah bersedia untuk detik pantai pantai paling seronok tahun ini? Sebagai persiapan awal, kami kongsi 5 peralatan yang menarik untuk anda bawa semasa acara Sepat Run nanti.



1. Lazy Bag

Lazy Bag mula dipopularkan oleh jenama Lamzac Fatboy. Pertama kali dilancarkan adalah melalui kempen di KickStarter. Lazy Bag kami kira antara gajet wajib ada bagi traveller.

Harga Lazy Bag dari Lamzac ini dalam aggaran RM180.00 seunit. Namun kini, produk dengan fungsi yang serupa seperti Lazy Bag sudah banyak pilihan pada harga jauh lebih rendah.

Fungsi beg atau sofa angin 'malas' ini memang sesuai untuk di bawa ke pantai. Bersifat portable serta mudah di bawa, anda boleh dapatkan Lazy Bag ini pada harga RM29.90 sahaja seunit.


Lazy Bag: RM29.90
Beli Di Sini



2. Camping Mat

Sekiranya anda mahu berkelah di pantai bersama keluarga, camping mat ini antara peralatan yang yang anda perlu ada. Mudah untuk alas makanan atau bersantai, tak adalah bergelumang dengan pasir pantai sangat nanti.

Paling seronok sebab camping mat ini dilengkapi dengan beg dan mudah di bawa ke mana-mana. Camping mat ini boleh didapati pada harga RM14.90 seunit.

Camping Mat: RM14.90
Beli Di Sini

BACA: 'Via Ferrata' Aktiviti Lasak Di Jerantut, Pahang Yang Bikin Anda Kecut Perut



3. Waterproof Bag

Beg kalis air ini amat penting di bawa terutama melibatkan aktiviti air seperti di pantai atau sungai. Selain kalis air, beg ini mempunyai fungsi pelbagai. Boleh simpan barang berharga dan bawa bersama ketika melakukan sesi bermain air. Barang lebih terjamin selamat bila sentiasa bersama anda.

Beg kalis air ini hadir dengan pelbagai saiz pada harga serendah RM6.90 seunit.

Waterproof Bag: RM6.90
Beli Di Sini



4. Alat Bina Istana Pasir

Pantai adalah destinasi yang ideal untuk luangkan masa bersama keluarga. Maka, rugi kalau anda tak ambil peluang untuk rasa pengalaman bina istana pasir bersama anak-anak. Nak buat aktiviti seronok ini tak susah, dengan RM10.00 sahaja anda sudah dapat peralatan lengkap untuk bina istana pasir.

Sand Beach Castle Kit: RM10.78
Beli Di Sini



5. Kemah

Kemah pun antara alat yang sesuai anda bawa ketika di pantai. Boleh jadikan tempat berteduh dan beri sedikit privasi. Memandangkan pantai adalah tempat terbuka, kalau nak salin pakaian pun selesa.

Paling murah setakat ini untuk kemah boleh dapatkan di ECO SPORT, hanya RM38.90 sahaja. Penghantaran adalah percuma. Dapatkan di sini sementara stok masih ada.

ECOSPORT Tent: RM38.90
Beli Di Sini

BACA: Rumah Rakit, Lokasi Percutian Sungai Yang 'Awesome' Di Kuantan

Jadi yang terawal mendapat informasi terkini tentang percutian menarik di Kuantan dan Pahang, sertai Telegram @kuantanloka sekarang!
Previous Post Next Post
Sponsored