Tak Perlu Ke Jepun, Di Pekan Pahang Pun Ada Pulau Kucing



Anda mungkin sering dengar tentang Pulau Kucing di Jepun. Keunikkan pulau yang didiami haiwan comel ini antara menjadi faktor tarikan menarik bagi pelancongan di Jepun. Setakat diketahui, terdapat 3 pulau kucing yang popular di Jepun.

Ia satu pengalaman unik untuk lepak disebuah pulau yang penuh dengan kucing! Bagi pencinta haiwan berbulu ini, anda mungkin amat menyukainya.

Namun sekiranya anda tidak berkesempatan ke Jepun, silalah ke Pekan, Pahang kerana Bandar Diraja Pahang ini bakal menawarkan anda pengalaman hampir serupa.



Pulau Kucing, Pekan, Pahang

Pulau Kucing atau turut dipanggil Meow Island ini berlokasi di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Usaha menggerakkan pulau ini sebenarnya wujud sejak tahun 2015 yang mana awalnya ia menjadi penempatan bagi kucing-kucing jalanan yang terbiar.

Pulau berkeluasan empat hektar ini memiliki rumah kucing, sangkar dan rumah tumpangan yang disediakan untuk sukarelawan berehat. Oh ya, selain kucing, pulau unik ini turut menjadi tempat perlindungan bagi haiwan lain seperti kambing dan anjing.





Baca juga: Persis Eropah, Ini Penginapan Awesome Untuk Anda Bermalam Di Cameron Highlands

Tahukah anda, selain boleh lepak dipulau bersama kucing, Pulau Kucing di Pekan, Pahang ini turut mengalu-alukan orang ramai membawa kucing jalanan untuk diselamatkan. Dengan syarat, setiap kucing yang ingin menjadi penduduk di pulau ini haruslah dimandulkan dahulu bagi mengelak pembiakan kucing yang tidak terkawal.

Pencinta kucing? Pulau Kucing di Pekan, Pahang ini harus berada dalam senarai bakul anda sempena visit Malaysia 2020 nanti! Nak tahu lebih banyak tempat makan, penginapan dan destinasi-destinasi menarik di Pahang? Sertai kami di Telegram @kuantanloka.

via: Meow island - Dato' Shamsiah Cat Shelter Park
Previous Post Next Post
Sponsored