Bayar Parking Di Kuantan Kini Lebih Mudah Melalui Aplikasi PahangGo



Berita baik buat warga Kuantan. Anda kini boleh membayar parking semudah melalui aplikasi PahangGo.

Pembayaran parking melalui aplikasi PahangGo ini sudah boleh digunakan sejak 1 Disember lepas. Namun buat masa sekarang, kemudahan ini hanya ditawarkan untuk kawasan Kuantan dan Cameron Highland.

Pembayaran parking melalui aplikasi PahangGo sebagai alternatif kepada penggunaan kupon ini boleh dilakukan dengan empat langkah mudah. Download aplikasi PahangGo, pilih 'parking', masukkan maklumat kenderaan dan tempoh masa, kemudian tekan 'park now'.



Ketahui lebih lanjut berkenaan pembayaran parking melalui aplikasi PahangGo di Facebook mereka di sini.

Oh ya, untuk pengetahuan anda PahangGo merupakan aplikasi yang dibagunkan khas untuk kegunaan rakyat negeri ini bagi memudahkan urusan harian seperti pembayaran bil, pembayaran parking, pembelian tiket bas dan sebagainya.
Previous Post Next Post
Sponsored