'Via Ferrata' Aktiviti Lasak Di Jerantut, Pahang Yang Bikin Anda Kecut Perut



Anda mahu sesuatu yang lain selain menikmati permandangan hijau alam semula jadi, pantai dan air terun di Pahang? kalau begitu, destinasi ini bakal menarik minat anda.

Tahu atau tidak, Pahang adalah satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang menawarkan aktiviti lasak via Ferrata selain yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah. Semestinya, bagi mereka yang tinggal di semenanjung, hanya di Pahang tempat untuk anda mencuba aktiviti ini jika tidak mahu terbang ke seberang.

Tapi sebelum itu, apa itu via Ferrata ni?

Via Ferrata adalah sejenis aktiviti lasak dengan memanjat dinding batu dipergunungan melalui laluan besi merangkumi tangga, rel dan kabel. Via Ferrata adalah isitlah yang diambil dari Bahasa Itali yang bermakna laluan besi.

Buat pengetahuan anda, terdapat lebih 300 laluan via Ferrata di dunia dan yang paling tinggi adalah laluan yang terletak di Gunung Kinabalu.

Gambar: SgTrek

Via Ferrata di Jerantut Pahang

Tidak berkesempatan ke Gunung Kinabalu? Jangan risau, anda masih boleh merasakan pengalaman ini di Paya Gunung, Jerantut, Pahang. Aktiviti lasak memanjat dinding berbatu di laluan besi via Ferrata di Pahang ini bertempat di Paya Gunung Ekstrem Park, Kampung Paya Gunung, 27000 Jerantut, Pahang.

Pencinta aktiviti ekstrim di Malaysia, trek via Ferrata di Jerantut, Pahang ini harus dimasukkan dalam senarai bakul anda sebagai destinasi wajib dilawati sempena tahun melawat Pahang 2020 nanti.


Jangan lupa kongsi gambar awesome anda di Instagram bersama kami dengan tag @kuantanloka
Previous Post Next Post
Sponsored