'Tube Hotel' Hadir Sebagai Tarikan Terbaharu Di Pantai Balok, Kuantan



Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Visit Malaysia 2020. Sebagai persedian menyambut baik kedatangan pelancong dalam dan luar negara, nampaknya Pahang juga berusaha keras dalam menambah baik beberapa destinasi popular di negeri ini.

Antara yang telah diketahui ialah penambahbaikan kepada pembangunan 5 projek di pantai Kuantan yang mana kerajaan memperuntukan sebanyak 1.9 juta. Peruntukkan ini termasuk mengindahkan lagi kawasan pantai, mempelbagaikan aktiviti, memperbaiki infrastruktur, mencari dan mewujudkan daya penarik baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan di Facebook mereka, daripada jumlah itu sebanyak RM100,000 dibelanjakan kepada Pantai Balok, peruntukan untuk Pantai Chendor (RM500,000), Pantai Cherating (RM500,000), Batu Hitam (RM200,000), Kempadang (RM200,000) dan Sepat (RM500,000).



Turut dikongsikan, bagi tarikan terbaharu di Pantai Balok Kuantan adalah kehadiran 'Capsule Hotel' berwarna-warni yang mungkin bakal menjadi daya tarikan baru yang lebih menarik.

Nak cuba penginapan berkonsepkan tiub di tepi pantai seperti ini? Pantai Balok di Kuantan ini mungkin boleh dimasukan dalam senarai penginapan anda.
Previous Post Next Post
Sponsored