Rumah Tamu An-Nuur Tawar Penginapan Mewah Pada Harga Rendah Di Kuantan



Sekiranya anda mencari penginapan mewah dan selesa namun masih menawarkan harga rendah di Kuantan, teruskan membaca. Kami ada perkara menarik untuk dikongsikan kepada anda kali ini.

Baca juga: Ini Alasan Kenapa Kuantan Adalah Destinasi Percutian Yang Menarik Di Pahang

Khas kepada anda yang merancang bercuti ke Kuantan beramai-ramai nanti, memilih penginapan jenis homestay adalah pilihan paling ideal. Bukan sahaja lebih jimat, malah keselesaan serta privasi juga terjaga.

Di mana homestay yang berpatutan saya boleh menginap di Kuantan?

Jika itu yang anda cari, kami di KUANTANLOKA mencadangkan Rumah Tamu An-Nuur sebagai tempat penginapan anda di Kuantan.





Homestay Rumah Tamu An-Nuur ini terletak di Peramu, Kuantan. Kami klasifikasikan sebagai antara penginapan homestay yang mewah di Kuantan namun menawarkan harga begitu rendah sekali. Tak hanya itu, Rumah Tamu An-Nuur turut bertempat dilokasi yang strategik.

Dari sini, ia mengambil masa perjalanan selama 5 minit sahaja untuk ke Bandar Kuantan. Paling menarik sekitar kawasan ini adalah syurga untuk anda memburu makanan hasil laut dan gorengan yang sedap-sedap di Kuantan.

Kemudahan lain pula adalah tempat parkir yang luas betul-betul berhadapan rumah. Kawasan lapang yang membolehkan anda parking hampir 20 biji kereta atau bas. Jadi, tiada masalah mencari tempat letak kereta untuk percutian beramai-ramai anda di Kuantan nanti.

Selain itu, antara kemudahan lain adalah amat berhampiran dengan Restoran An-Nuur, Masjid dan kedai runcit. Ia mengambil masa hanya 3 minit jika berjalan kaki.







Rumah Tamu An-Nuur menawarkan dua jenis pilihan, anda boleh memilih untuk sebuah bilik atau keseluruhan rumah. Harga penginapan bagi sebuah bilik bermula pada harga RM150 semalam dan RM500 semalam untuk sebuah rumah.

Setiap bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, siaran astro, peti sejuk, bilik mandi, pengosok baju, pemanas air, gelas dan minuman instant.





Homestay dua tinggkat ini turut membolehkan tetamu mengguna kemudahan mesin basuh, dapur kering dan dapur basah yang telah disediakan.

Kami highlight beberapa tempat menarik berdekatan Rumah Tamu An-Nuur yang pernah diterbitkan di KUANTANLOKA. Antaranya, Taman Tema Air Mini & Kolam Memancing Pok Nik, Pusat Roti Tempayan Peramu, dan Celup Tepung Hujung Tanjung.



Rumah Tamu An-Nuur
Lokasi: No1, Jalan Peramu 1, Taman Peramu Baru 25150 Kuantan
Hubungi: 019-9532456 / 013-9332456
Whatsapp: +60 11-1999 9211

Bookmark artikel ini sekiranya mencari penginapan terbaik di Kuantan!
Previous Post Next Post
Sponsored