Pertandingan Memasak Antara Aktiviti Menarik Di Karnival Jualan Amal Hari Ini



Hari ini merupakan hari akhir untuk Karnival Jualan Amal yang bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1. Anda sudah pergi ke belum?

Selain daripada boleh menang hadiah dan dapat tawaran promosi-promosi yang menarik, antara aktiviti yang seronok hari ini di Karnival Jualan Amal adalah pertandingan memasak yang akan berlangsung pada jam 10 pagi nanti.

Untuk aktiviti sukaneka, acara tarik tali, pameran serta jualan amal oleh NGO-NGO turut berlangsung pada hari ini.



Oh ya, tak lupa hari ini anda masih boleh mendapatkan servis laptop percuma di Booth AF Computer berserta tawaran 16 item menarik pada harga lebih rendah berbanding biasa. Antaranya adalah Power Bank, Plug Zikir, Speaker, Pendrive dan banyak lagi.



Nak hadiah percuma atau cuba cabutan bertuah dan menang perkakas elektronik? Jangan lupa berkunjung ke booth BizZakat. Dijamin, anda hanya perlu putar roda untuk dapat hadiah!

Buat yang suka makan, hari ini juga merupakan hari terakhir untuk anda cuba pelbagai menu makanan yang unik-unik di Jualan Karnival Amal. Orang Kuantan, jom meriahkan Karnival Jualan Amal beramai-ramai. Acara bermula dari 9.00 am - 11.00 pm. Kita jumpa di sana ya!

Previous Post Next Post
Sponsored