KUANTANLOKA Rampage: Memfokuskan Komuniti Dan Industri E-Sukan Kuantan

Barisan Pemain E-Sukan KUANTANLOKA Rampage di E-sport Challanges 2019 Pekan, Pahang

Berita baik untuk pencinta e-sukan di Kuantan. Bermula tahun hadapan '2020' nanti, kami di KUANTANLOKA Media akan bersama merancakkan industri e-sukan di Kuantan melalui saluran KUANTANLOKA Rampage.

Akur dengan perkembangan zaman dan tak mahu ketinggalan, KUANTANLOKA Rampage diwujudkan bertujuan memeriahkan lagi industri dan komuniti e-sukan di Kuantan yang kini dilihat kian mendapat sambutan terutama dari golongan belia hari ini.

Kami percaya bermain permainan video bukan lagi pembaziran masa atau perkara tidak bermanfaat. Pada tahun 2018, Harian Metro pernah menerbitkan artikel berkenaan industri e-sukan di Malaysia bertajuk 'E-Sukan Masa Depan Negara' yang mana jelas menunjukkan bagaimana industri ini mampu membentuk generasi akan datang ke arah yang lebih baik.

Perkara ini selari dengan budaya KUANTANLOKA iaitu menerapkan sesuatu yang mempunyai nilai positif, inspirasi dan kreatif.



Oleh itu, kami mengajak siapa sahaja yang berkongsi minat yang sama untuk sama-sama menyokong industri e-sukan tempatan (terutama warga Kuantan dan seluruh rakyat Pahang) dalam usaha mewujudkan sebuah komuniti yang positif serta mampu bersosial secara sihat.

Anda boleh ikuti kami untuk sebarang perkembangan dan info terkini berkaitan e-sukan melalui saluran KUANTANLOKA Rampage di Facebook dan Instagram.

Pasukan kami akan mula bergiat aktif menyertai dan mengajurkan pertandingan di kawasan Kuantan dan Pahang. Rancangan awal akan memfokuskan pada permainan Mobile Legends, Playerunknown's Battlegrounds Mobile (PUBG), dan FIFA.

Pendaftaran ahli untuk komuniti e-sukan ini dibuat secara terbuka, jadi sebahagian daripada komuniti kami dengan mendaftar di sini atau klik pada banner di bawah. Oh ya, kami turut mengalu-alukan sebarang tajaan atau peluang kolaborasi bersama KUANTANLOKA Media dan KUANTANLOKA Rampage kepada mereka yang berminat untuk menyokong industri e-sukan ini.



KUANTANLOKA Rampage : Sertai Komuniti (register)
Facebook : Facebook.com/kuantanlokarampage
Instagram : @kuantanlokarampage
Tell : 6011-1946-7090
Previous Post Next Post
Sponsored