Kerajaan Pahang Mahu Jenamakan Semula Kompleks Serambi Teruntum, Kuantan



Kompleks Serambi Teruntum nampaknya bakal diberikan nafas baharu oleh Kerajaan Pahang. Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, kerajaan kini bersedia menjenamakan semula tempat dan mempromosikan sebagai destinasi pelancongan di Pahang.

Perancangan baharu menjenamakan semula Kompleks Serambi Teruntum di Kuantan itu akan dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuantan MPK.

Antara faktor mendorong kepada pembaharuan tersebut adalah berkemungkinan namanya yang tidak sesuai.

Semalam, Majlis Perbandaran Kuantan ada berkongsi melalui Facebook mereka tarikan baharu ditempat berkenaan dimana kehadiran 'basikal pelbagai warna' yang mungkin menjadi daya tarikan baharu Kompleks Serambi Teruntum.

Gambar oleh: Facebook MPK

Satu usaha yang murni dalam menjadikan Kuantan dan Negeri Pahang sebagai salah satu pusat tarikan pelancongan di Malaysia. Apa pun, kami berharap pihak bertanggungjawab meneliti kelemahan sebelum ini dari pelbagai aspek termasuk, keunikan tempat, promosi, hebahan dan kemudahan yang sewajarnya.

Cari apa sahaja yang anda mahu di Kuantan? Layari laman web senarai direktori kami di www.kuantanlokal.com! Satu-satunya laman web pertama yang memfokuskan pasaran Kuantan sepenuhnya.

via: SHO
Previous Post Next Post
Sponsored