5 Servis Yang 'Awesome' Ini Menawarkan Kemudahan Untuk Anda Di Kuantan



Apa yang anda cari di Kuantan? Boleh dikatakan, hampir setiap hari kami menerima pesanan di inbox Facebook KUANTANLOKA yang bertanyakan tempat makan, penginapan, tempat-tempat menarik dan perkhidmatan sekitar Kuantan.

Tahu tak, anda sebenarnya boleh buat carian lebih mudah melalui platform senarai direktori kami di sini. Semua yang tersenarai adalah syarikat-syarikat berdaftar yang sah dan dipercayai.

Dalam artikel ini kami akan senaraikan 5 di antara perkhidmatan terbaik di kuantanlokal.com yang menarik untuk anda tahu, terutama buat mereka yang berada di Kuantan.



1. Kereta Sewa Kuantan

Nak cari kereta sewa murah di Kuantan? Khaimal Car Rental antara syarikat yang menawarkan servis ini di Kuantan. Harga berpatutan dan banyak jenis pilihan kereta baik kereta bajet hingga kelas vvip.

Perkhidmatan terbaik dan dipercayai. Tak perlu risau lagi soal kereta kotor, tak selesa. Paling penting, nak buat urusan semuanya mudah. Sekiranya anda mencari perkhidmataan kereta sewa di Kuantan, Khaimal Car Rental ini antara yang kami syorkan.

Lihat maklumat lanjut



2. Perkhidmatan dobi, ambil dan hantar

Biasanya anda perlu ke dobi untuk mencuci pakaian, tetapi di Kuantan ada perkhidmatan dobi yang menyediakan servis ambil dan hantar terus kepada anda di sekitar Bandar Kuantan. Paling menarik sebab caj ambil dan hantar tadi adalah percuma, hanya di Leesa Laundry. Mudahnya mencuci.

Lihat maklumat lanjut



3. Sewa basikal pun ada, tak perlu beli!

Nak habiskan masa dengan membuat kayuhan trek di Kuantan? Tak perlu risau, selain menjual basikal dan alat ganti, kedai basikal Neo Cycle di Kuantan ini turut menawarkan perkhidmatan sewaan basikal.

Jadi, anda hanya perlu sewa basikal sekiranya ingin membuat aktiviti kayuhan di Kuantan.

Lihat Maklumat lanjut



4. Tiada masa nak ke pasar beli barang?

Adakalanya anda pasti terjerat dengan masa waktu yang sibuk, sampaikan nak membeli barang keperluan rumah pun tak sempat. Tahu tak, di Kuantan ada Bestani Mart, syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan runcit dan borong untuk keperluan harian.

Hanya tempah, dan mereka akan hantar terus ke rumah. Sayur dan ikan semua yang segar-segar!

Lihat maklumat lanjut



5. Servis pencetakan pantas dan murah di Kuantan

Ini pun antara perkhidmatan terbaik di Kuantan yang mungkin anda perlu tahu. Sepanjang pengalaman kami berurusan dengan kedai percetakan Sticker Garage, amat berpuas hati. Servis laju, harga pula berpatutan.

Stickers Garage merupakan syarikat percetakan di bawah A&Q Printing, sebuah lagi syarikat percetakan di Kuantan milik bumiputera. Sticker Garage menawarkan perkhidmatan cetak stickers dan label, boleh siap dalam masa 24 jam.

Selain itu, antara lain-lain perkhidmatan disediakan adalah cetak business card, banting, banner, buku menu dan sebagainya.

Lihat maklumat lanjut

Sekiranya anda juga memiliki perniagaan yang menawarkan servis terbaik di Kuantan dan mahu tersenarai di dalam laman web direktori kami,sila layari www.kuantanlokal.com.
Previous Post Next Post
Sponsored