Taman Negeri Endau Rompin Pahang Bakal Beroperasi Semula Tidak Lama Lagi

Gambar: Flicr

Pada dua tahun lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengumumkan penutupan Taman Negeri Endau Rompin bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan pembinaan menyiapkan 'Kinchin Rainforest Discovery Centre'.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Pahang juga bercadang untuk menjenamakan semula Taman Negeri Endau Rompin Pahang bagi mengelak kekeliruan antara Taman Negara Endau Rompin milik Johor dan Taman Negeri Endau Rompin milik Pahang.

Buat pengetahuan anda, Taman Negeri Endau Rompin Pahang ini merupakan khazanah alam semula jadi yang cantik dan terpelihara dengan baik sebagai Hutan Simpan Kekal dibawah seksyen 7, Akta Perhutanan Negara 1984.

Setelah beberapa tahun, akhirnya Taman Negeri Endau Rompin akan beroperasi semula tidak lama lagi. Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy melalui halaman Facebook beliau.

Taman Negeri Endau Rompin yang bakal tiba tidak lama lagi akan menempatkan sungai, air terjun, jambatan gantung, menara, tempat penginapan, dewan dan bilik permainan maya.



via: Wan Rosdy bin Wan Ismail
Previous Post Next Post
Sponsored