Selain Sejarah, Perang Dunia Ke-2 Turut Meninggalkan Sebutir 'Bom' Di Pahang



Siapa sangka selain meninggalkan sejarah, perang dunia Ke-2 turut meninggalkan sebutir bom di Pahang.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, sebutir bom dipercayai tinggalan dari perang dunia ke-2 ditemui di tapak pembinaan di Genting Permai, Genting Highlands semasa melakukan aktiviti mengorek tanah di kawasan tersebut.

Bom berukuran 104 sentimeter (cm) dengan ukuran lilit 86.36cm jenis Aerial yang ditemui dalam keadaan berkarat. Walaubagaimanapun, bom tersebut telah selamat dimusnahkan oleh pasukan polis dari Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Hampir selama 80 tahun menetap di Pahang, akhirnya bom tersebut dimusnahkan oleh pasukan Polis Pahang di sebuah kawasan selamat di daerah Bentong.

via: SHO
Previous Post Next Post
Sponsored