Pertanian Berteknologi Tinggi Antara Sektor Tumpuan Meningkatkan Ekonomi Pahang

Gambar Hiasan

Tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana terus berusaha gigih menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri yang lebih baik.

Sebelum ini, antara pencapaian yang dapat dilihat adalah ketika Pahang berjaya meraih RM6.9 billion dalam penghasilkan minyak sawit mentah dari tahun 2014 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 307,899 juta tan metrik.

Terkini, Kerajaan Pahang akan menumpukan 5 sektor lagi dalam memacu pertumbuhan eknomi negeri. Antaranya ialah sektor pertanian berteknologi tinggi, ekopelancongan, ekonomi komoditi, produk hiliran, perlombongan moden dan hab pengangkutan & logistik.

Seperti yang difahamkan, sektor pertanian berteknologi tinggi ini menjadi sasaran utama. Kerajaan negeri akan memberi tumpuan ke arah memajukan lagi sektor pertanian di Pahang. Semoga pertanian di Pahang turut mendapat manfaat dan kemudahan lengkap berteknologi tinggi seperti di negeri-negeri lain.

via: SHO
Previous Post Next Post
Sponsored