Orang Kuantan Kini Boleh Tempah Kek Mamasab Semudah Goyang Kaki Sahaja



Anda suka makan kek? Sebut pasal kek, teringat pula kami semasa event Kuantan Travel Talk 1.0. Itulah kali pertama sebenarnya tim Kuantanloka merasa kek dari Mamasab Bakery. Kesannya, sampai hari ini kami masih tak boleh nak move on dengan kesedapan kek Mamasab. Serius!

Buat anda yang tak tahu, Mamasab ini merupakan lubuk kek terbesar di Malaysia. Boleh dikatakan, hampir semua jenis kek yang anda mahu ada di Mamasab Bakery sehinggalah ke biskut seperti Cheesey Tart Nenas, Nuttela Pot, Domisi Cookies, Brownies Cookies dan banyak lagi.



Sekali makan akan terus jatuh cinta!

Kami tahu kek bukan makanan asasi rakyat Malaysia, dan kami sendiri pun bukanlah penggemar kek yang tegar. Namun, kelainan rasa yang dibawakan oleh Mamasab ini buat kami sudah jatuh cinta dengan kek.

Paling penting, kek Mamasab menepati citarasa semua peringkat umur baik kanak-kanak, remaja, orang dewasa sehinggalah mereka yang 'lebih dewasa'.

Bak kata Tuan Haji Zainal, "Aku dah travel lebih 160 negara, tak pernah lagi jumpa kek sedap macam ini. Orang Malaysia kalau bab makanan memang pandai".

Tuan Haji Zainal dan KieT sedang enjoy Kek Mamasab

Kami rasa pelbagai kek dari Mamasab, kalau ikut penulis kek yang paling sedap dan seronok yang memuaskan bila dapat makan adalah kek Brownies Strawbery Kit Kat, Combo Tsunami dan Combo Dahsyat.

Satu lagi, Devil Food Choc Cake (DFCC) ini jangan lupa cuba. Ini antara kek paling top a.k.a laku keras di Mamasab.

Peserta Kuantan Travel Talk happy bersama kek DFCC & Chocolate moist Mamasab

Mamasab Kuantan

Lokasi Mamasab Kuantan menurut peta Google beralamat di A-97 Ground Floor Sri Dagangan, Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan Business Centre, 25000 Kuantan, Pahang. Berhadapan KBS Kompleks Belia Dan Sukan.

Tapi sebenarnya nak menempah kek Mamasab ini tak rumit pun. Tak perlu susah-susah, cukup sekadar anda Whatsapp sahaja ejen-ejen Mamasab untuk buat pesanan. Nanti runner Mamasab akan hantar terus ke lokasi anda. Mudah bukan? Boleh tempah sambil goyang kaki saja.

Sekiranya anda teringin nak makan kek Mamasab, bolehlah buat tempahan melalui Puan Rafeah Ahmad. Sudahlah mesra pelanggan, suka bagi promosi pula tu. Mulai sekarang, anda boleh tempah kek Mamasab walau berada di mana pun. Whatsapp sahaja Rafeah Ahmad : 016-270-4078 atau tekan di sini.

Nak lebih mudah, anda boleh lihat dulu katalog di laman web Mamasab untuk pilih kek sebelum buat tempahan melalui Whatsapp. Nak Whatsapp terus pun boleh, nanti dapat juga katalog untuk buat pilihan kek.

Bon appetit!

Facebook: Mamasab Sabrina Bakery Kuantan
Previous Post Next Post
Sponsored