Kelebihan Pengguna BigPay Dan Kenapa Anda Patut Memilikinya


Sudah tahu tentang BigPay? Jika belum, mari kami perkenalkan kepada anda kenapa BigPay ini sangat bagus dan kenapa anda perlu memilikinya.

Pertama sekali, buat pengetahuan anda BigPay ini merupakan aplikasi e-wallet bersama kad debit oleh kumpulan AirAsia. Ini bermakna, BigPay menawarkan fungsi e-wallet dan penggunaan kad debit Master Card. (sebenarnya lebih daripada itu, teruskan membaca).

Apa Yang Menarik Tentang BigPay Ini?


Kami percaya, zaman sekarang ramai orang lebih gemar berbelanja secara online dan BigPay menawarkan kemudahan tersebut. Jika sebelum ini anda melakukan pembayaran melalui kad debit atau kad kredit, anda juga boleh lakukan perkara yang sama dengan BigPay.

Namun sebelum itu anda perlu pastikan jumlah baki BigPay anda mencukupi. Semak baki dan topup BigPay sangat mudah, semuanya boleh dilakukan melalui aplikasi e-wallet BigPay di smartphone.

Kelebihan Pengguna BigPay.


Saya sudah ada banyak kad debit/kredit kenapa perlu guna BigPay pula?

Kami tahu dan kami pun begitu. Tapi BigPay menawarkan lebih banyak kelebihan yang tidak ditawarkan oleh penggunaan kad kredit/debit biasa.

Dengan BigPay anda boleh:

Kawal dan had kan perbelanjaan: Sebagai contoh, saya hanya menghadkan RM500.00 sebulan untuk perbelanjaan. Beli barang di pasaraya, lepak minum kopi atau berbelanja online, semuanya menggunakan BigPay. Lebih bagus sebab boleh tahu dan semak semua perbelanjaan di smartphone sahaja.

Traveller: Jika anda suka travel pula, anda boleh booking hotel, tempah tiket penerbangan melalui BigPay. Bonus untuk pembelian tiket penerbangan AirAsia pula, anda akan dapat point, bukan sahaja pada pembelian tiket, malah setiap jumlah yang dibelanjakan melalui BigPay akan mendapat ganjaran.

Boleh tebus banyak ganjaran menarik oleh AirAsia.



Kemudahan ATM: Boleh tak keluarkan duit dari BigPay di ATM? Jawapannya boleh! Bukan di Malaysia sahaja, malah di luar negara. Ini sangat senang untuk traveller, tak payah susah tukar mata wang. Guna BigPay sahaja untuk draw duit di ATM luar negara.

Caj yang dikenakan adalah RM6.00 bagi kadar pengeluaran dalam negara dan RM10.00 luar negara.

Pemindahan Wang Pada Bank Tempatan Dan Antarabangsa: Ini lagi cool, dengan BigPay anda juga boleh kirimkan wang ke mana-mana akaun bank tempatan dan antarabangsa.

Dengan ini amat mudah untuk anda pindahkan wang kepada keluarga, kawan atau apa sahaja yang melibatkan pemindahan wang terutama ke luar negara. BigPay bantu selesaikan masalah ini. Semudah tap jumlah pemindahan wang di smartphone sahaja.

Pemindahan Wang Ke Akaun BigPay: Selain itu anda juga boleh buat pemindahan wang di akaun BigPay anda kepada kawan-kawan yang turut mempunyai akaun BigPay. Lagi seronok bila ahli keluarga pengguna BigPay.

Ayah atau Suami boleh beri jumlah perbelanjaan kepada ahli keluarga lain dan paling penting boleh semak kemana mereka habiskan perbelanjaan tersebut.

Seronok, Macam Mana Saya Nak Mendaftar Sebagai Ahli BigPay?

Amat mudah, download aplikasi BigPay di smartphone anda kemudian isi maklumat lengkap berdasarkan langkah mudah yang disediakan. Selepas pendafataran berjaya, anda sudah boleh mengguna BigPay manakala untuk kad debit fizikal BigPay pula akan dihantar terus ke alamat rumah anda.

Tapi nanti dahulu, ini lebih menarik! Pengguna baru BigPay layak mendapatkan RM10.00 percuma sekiranya anda memasukan kod referral ini STBKABK3YJ.

Daftar BigPay anda sekarang dan tebus RM10.00 percuma dengan memasukan kod referral :STBKABK3YJ

referal code
STBKABK3YJ
Previous Post Next Post
Sponsored