Ini Lokasi Air Terjun Yang 'Syok' Di Kuantan Bikin Tubuh Anda Basah Lencun



Musim panas begini, kalau dapat berendam puas-puas mesti seronok! Nak mandi pantai risau pula soal kecerahan kulit. Kalau macam tu anda kena tahu lokasi air sejuk di Kuantan yang best ini.

Pahang selain terkenal dengan pantai, jangan lupa Negeri ini juga kaya dengan keindahan alam semula jadi dan air terjun yang cantik. Ini antara yang menarik anda boleh singgah, berendam dan main air sepuasnya.



Air Terjun Pelangi


Air Terjun Pelangi (Rainbow Waterfall) ini cukup popular. Bukan sahaja dikalangan pelancong Malaysia, malah destinasi ini turut menjadi tarikan utama bagi pelancong asing. Salah satu kebanggaan alam semula jadi yang cantik di Kuantan.

Terletak di Sungai Lembing, Air Terjun Pelangi antara lokasi wajib anda lawati di Malaysia sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.



Air Terjun Sungai Pandan


Tidak perlu mencapai tahap kesukaran untuk sampai seperti Air Terjun Pelangi, Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan ini mungkin boleh dijadikan pilihan kedua. Di sini anda boleh buat aktiviti mandi-manda seseronok mungkin, tapi jangan lupa cakna terhadap keselamatan pada kawasan berbatu licin.

Air Terjun Sungai Pandan terletak di Kawasan Panching, ada parkir luas namun dikenakan caj bagi pengunjung luar. Oh ya, ada juga gerai-gerai yang menjual makanan.



Air Terjun Berkelah, Gambang


Air Terjun berkelah lokasi paling kami suka untuk mandi-manda dan rehatkan fikiran sebentar. Suasana di sini amat cantik dan rileks! Tiada caj dikenakan untuk parkir kereta dan lebih seronok adalah susunan landskap alam ini.

Dikelilingi flora dan fauna, lokasi ini amat sesuai untuk anda berkelah, mandi-manda atau bersantai bersama kawan dan keluarga. Ada kemudahan pondok disediakan merata-rata.



Taman Eko Rimba Jerangkang


Terletak di Jalan Kuantan, Maran, Taman Eko Rimba ini satu lagi lokasi yang memiliki air terjun cantik di Kuantan. Destinasi ini juga tidak jauh atau berdekatan dengan lokasi Air Terjun Berkelah. Menariknya, keindahan air membiru serta permandangan hijau di sini persis destinasi gah luar negara.

Rancang percutian bersama alam semula jadi di Kuantan tidak lama lagi? Lokasi Air Terjun menarik di Kuantan ini mungkin boleh dimasukkan dalam senarai bakul anda!

Kongsi artikel ini kepada kawan dan keluarga, ajak mereka terjun tiruk di sini nanti! Mesti seronok.

Baca juga: Taman Negeri Endau Rompin Pahang Bakal Di Buka Beroperasi Semula Tidak Lama Lagi
Previous Post Next Post
Sponsored