5 Sebab Orang Kuantan Perlu Tahu Tentang 'Karnival Jualan Amal' November Ini

kuantanloka

Masih ingat lagi dengan Dapur Infaq? Buat anda yang terlepas untuk tahu, Dapur Infaq satu-satunya restoran di Kuantan yang menawarkan sarapan pagi secara percuma. Sudahlah percuma, menu pula sedap. Kombinasi roti tempayan dan kari kambing terbaik! Baca di sini.

Baca juga: Kedai Ini Menyediakan Sarapan Roti Tempayan Dan Kari Kambing Percuma Di Kuantan

Bukan sahaja mengetengahkan konsep 'makan sambil beramal', Dapur Infaq turut membawakan konsep serupa dalam skop lebih besar pada Karnival Jualan Amal mereka yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 November ini bertempat di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah 1, Kuantan.

Apa yang menariknya tentang Karnival Jualan Amal ni?


Sebagai orang Kuantan, kami tak nak anda terlepas program hebat ini. Jadi ini adalah antara 5 sebab kenapa anda perlu tahu tentang Karnival Jualan Amal yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 November ini.



1. Program Karnival Yang Penuh Bermanfaat


Karnival adalah satu pesta besar-besaran yang selalunya disertai oleh perarakan dan acara meriah. Di Malaysia pula, sering kita lihat sesebuah karnival dipenuhi aktiviti berbentuk hiburan tidak sihat. Tetapi perkara ini tidak berlaku di Karnival Jualan Amal, Kuantan.

Pada Karnival Jualan Amal ini, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti serta acara menarik dan bermafaat. Antaranya adalah kuliyyah Dhuha yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, acara sukan, kebudayaan, pertandingan mewarna dan lain-lain. Semuanya adalah aktiviti sihat dan bagus untuk perkembangan minda.

2. Meraikan Semua Golongan


Untuk semua peringkat umur. Bukan sahaja golongan dewasa dan remaja, malah karnival ini menyeronokkan untuk kanak-kanak. Tepatnya, waktu ini adalah paling bagus untuk luangkan masa bersama keluarga. Berikan anak-anak peluang pamer kreativiti mereka dengan menyertai pertandingan mewarna di Karnival Jualan Amal kali ini.

Si Ibu dan Bapa pula boleh bersantai dengan melihat pameran dan persembahan kebudayaan, atau bermain tarik tali. Mesti seronok!



3. Pelbagai Jualan Yang Menarik


Dimaklumkan, pada Karnival Jualan Amal Kali ini terdapat lebih 80 gerai perniagaan. Pelbagai jualan yang menarik ada di sini dari makanan, pakaian, aksesori, buku dan banyak lagi. Kepada para collector, anda tak boleh lepaskan peluang ini. Mungkin barang yang anda cari selama ini ada di sini.

Dan lebih menarik, selalunya pada acara Karnival terdapat banyak promosi-promosi yang ditawarkan. Waktu yang baik untuk berbelanja sambil beramal dan paling penting lebih jimat.

4. Jadual Program Yang Padat Dengan Aktiviti Menarik


Berlangsung selama 3 hari, setiap hari dipenuhi dengan program-program bermanfaat. Hari pertama anda boleh mendengar kuliyyah dari Ustaz Badlishah dan bertemu muka dengan semua Pencetus Umah Pahang iaitu, PU Mizi, PU Syed, PU Lukman, PU Angah dan PU Faris, bila lagi kalau bukan kali ini.

Hari kedua pula ada pertandingan mewarna, acara lelongan amal dari PU Lukman, persembahan kebudayaan dan Adat Melayu (mengenali silat, busana silat, pakaian dan tanjak Melayu) serta pertandingan memasak.

Hari terakhir pula di mana acara sukaneka berlangsung, permainan tarik tali dan jualan amal oleh Ngo-Ngo. Ini juga waktu terbaik untuk anda kenal lebih dekat dengan Ngo-Ngo yang aktif di Kuantan.



5. Peluang Baik Untuk Usahawan Kuantan


Kepada usahawan di Kuantan pula, ini adalah waktu terbaik untuk anda memperkenalkan produk, jenama, atau perkhidmatan anda. Rebut peluang ini untuk luaskan lagi rangkaian pemasaran anda.

Karnival Jualan Amal kali ini menyediakan tapak perniagaan kepada usahawan atau peniaga yang berminat pada harga sangat rendah iaitu RM150 selama 3 hari untuk Ngo dan RM250 selama 3 hari untuk bukan Ngo.

Tapak niaga ini dibuka untuk usahawan atau peniaga di Kuantan. Jualan pelbagai seperti makanan, pakaian, buku, hartanah dan sebagainya. Sekiranya berminat, boleh dapatkan tapak anda sebelum penuh.

Hubungi:
Badrul: 016 884 1894
Zahir: 019 989 8900
Faizal: 018 900 2426
Raden: 017 922 4211

Jangan lupa kongsi artikel ini dan beritahu kawan-kawan & keluarga. Kita jumpa di Karnival Jualan Amal pada 1 hingga 3 November nanti ya!
Previous Post Next Post
Sponsored