5 Hotel Yang Selesa Di Kuantan Bawah Bajet RM50



Sekiranya anda merancang untuk datang ke Kuantan tidak lama lagi, silakan niat begitu. Ketenangan dan makanan sedap sedang menanti anda di sini. Selain dapat ketenangan dan makanan yang sedap-sedap, soal penginapan juga bukan masalah di sini.

Penginapan apa yang anda mahu di Kuantan? Dari setinggi lima bintang hinggalah penginapan ala-ala backpackers, semua ada. Untuk kali ini, kami tambahkan kegembiraan anda dengan menyenaraikan 5 antara penginapan yang selesa bawah bajet RM50.



1. Elmark Hotel, Kuantan

Lokasi yang strategik di tengah Bandar Kuantan, Elmark Hotel berlokasi di Jalan Wong Ah Jang. Dengan skor 7.3, hotel ini boleh ditempah pada harga serendah RM38 semalam.



2. Signature Hotel

Hotel dua bintang terletak di Jalan Beserah, Kuantan ini memperoleh 7.1 skor berdasarkan 1381 ulasan di booking.com. Penginapan ini boleh didapati serenda RM40 untuk semalam. Turut menawarkan perkhidmatan dobi dan Wi-Fi percuma.



3. OYO 546 Grand City Hotel

Masih berlokasi di Bandar Kuantan, OYO 546 Grand City Hotel terletak di Jalan Haji Ahmad. Dengan skor 6.7 di laman web booking.com, penginapan di sini boleh didapatkan pada harga serendah RM41 semalam.



4. Greenleaf Hotel

Pilihan yang seterusnya adalah Greenleaf Hotel. Juga berlokasi di tengah Bandar Kuantan, di Jalan Bukit Ubi. Penginapan yang selesa ini boleh didapatkan pada harga serendah RM46 semalam jika melalui agoda.com. Lebih menarik, pembatalan adalah percuma.



5. Sun Inns Rest House

Yang terakhir dalam senarai ini ialah rumah rehat Sun Inns Rest House. Buat anda yang masih mencari penginapan di tengah Bandar Kuantan, namun mahu jauh dari suasana kesibukan bandar, ini adalah tempat untuk anda.

Sun Inns Rest House terletak di Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Harga semalam di sini boleh didapati sekitar RM44 semalam.

Apa lagi yang anda mahu cari di Kuantan? Layari laman web directory listing kami di www.kuantanlokal.com. Pelbagai pilihan tempat makan, dobi, perkhidmatan kereta sewa dan pelbagai lagi servis menarik boleh ditemui di sana!
Previous Post Next Post
Sponsored