Ini Penginapan 'Beach View' Yang Awesome Pada Harga Bajet Di Kuantan



Sebaik anda bercerita untuk datang ke Kuantan, anda pasti tahu Kuantan memang terkenal kerana memiliki pantai yang indah-indah belaka. Lebih lagi jika anda memilih bercuti bersama keluaraga, di jamin Kuantan akan memberikan anda pengalaman yang santai dan seronok.

Banyak sebab kenapa Kuantan patut dijadikan pilihan percutian anda nanti. Kuantan bukan sahaja ada banyak pantai cantik, pilihan makanan banyak sudah tu harga pun berpatutan.

Jika dibandingkan Kuantan dengan destinasi yang lain, tidak salah sekiranya kami katakan Kuantan adalah destinasi percutian 'kos rendah' tapi lengkap dengan semua tarikan pelancongan yang menarik.

Antaranya ialah seperti aktiviti perkelahan tepi pantai, air terjun dan tarikan alam semula jadi, aktiviti laut, melihat kelip-kelip, tempat bersejarah dan pelbagai lagi termasuklah tempat makan dengan hidangan yang sedap!





Sebagai pelengkap percutian anda di Kuantan nanti, kami cadangkan anda mencuba untuk menginap di mana-mana penginapan tepi pantai yang ada di Kuantan.

Sebabnya, untuk dapatkan pengalaman menginap di penginapan beach view yang cantik anda tidak perlu ke luar negara pun, di Kuantan juga sudah cukup baik.

Salah satu penginapan beach view yang awesome anda boleh cuba di Kuantan adalah di Adena Beach Resort.

Adena Beach Resort, Kuantan




Berlokasi di Sungai Karang, Kuantan, Adena Beach Resort antara penginapan beach view yang berbaloi untuk anda cuba di Kuantan. Adena Beach Resort merupakan penginapan berkelas tiga bintang namun apa yang menarik, penginapan di sini boleh didapatkan pada harga bawah RM200.00.

Selain menawarkan pengalaman bercuti yang relax, lokasi penginapan ini berdekatan dengan beberapa tempat pelancongan popular di Kuantan, tambah pula jika hendak ke Bandar Kuantan juga tidak jauh.





Berdasarkan ulasan daripada 205 tetamu, Adena Beach Resort, Kuantan mendapat skor setinggi 8.1 di laman web perbandingan hotel terkemuka. Oleh itu, memilih untuk menginap di Adena Beach Resort ini pastinya satu pilihan yang tidak merugikan.

Buat anda yang berminat mencuba, kami sarankan untuk menempah melalui booking atau hotels.com untuk mendapatkan tawaran harga lebih rendah berbanding yang lain.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored