5 Tempat Menarik Di Kuantan Menurut Pelancong Luar Negara

Sekiranya anda penduduk di Kuantan, di mana tempat paling menarik menurut anda ada di Kuantan? Apa yang menarik bagi anda mungkin tidak bagi orang lain dan begitu juga sebaliknya.

Pernah tidak anda terfikir, bagi pelancong luar yang datang ke sini di mana tempat untuk mereka habiskan masa melawat Kuantan? Kali ini kami akan senaraikan 5 tempat yang menarik dari sudut pandangan pelancong luar negara yang datang ke Kuantan.

Senarai ini mungkin membuatkan anda sedikit skeptikal, walaubagaimanapun, bagi pelancong luar negara senarai ini merupakan tempat yang menarik di Kuantan!



1. Pantai Teluk Cempedak


Agak popular juga dikalangan penduduk dan pelancong tempatan, Teluk Cempedak disenaraikan sebagai destinasi menarik di Kuantan ini kami boleh terima. Lagi pula di sini memang ada banyak kemudahan dan tarikan untuk pelancong.



2. Air Terjun Sungai Pandan


Dalam kategori Nature & Park pula, Air Terjun Sungai Pandan disenaraikan oleh pelancong luar negara sebagai destinasi menarik di Kuantan. Walaupun sejujurnya bagi kami Air Terjun Berkelah lebih seronok, tapi senarai ini masih lagi wajar dan boleh dipertimbangkan.



3. Masjid Sultan Ahmad Shah


Sebagai bagunan yang ikonik di tengah Bandar Kuantan, Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi lokasi paling diminati pelancong asing untuk dikunjungi di sekitar Bandar Kuantan.



4. Pasaraya Cowboy


Jangan terkejut jika Pasaraya Cowboy penyumbang kepada tarikan pelancongan buat pelancong asing untuk datang ke Kuantan. Berdasarkan ulasan yang diberikan, antara yang membuatkan Cowboy menarik adalah kerana 'penuh' dengan kepelbagaian barang pada harga murah.

Ibaratnya, jika pelancong asing nak dapatkan cenderahati mereka boleh dapatkan di Cowboy! Menarik juga sebenarnya Cowboy ni.



5. Berjaya Megamall


Salah satu antara Mall di Kuantan yang kian mereput. Tapi bagi pelancong luar negara, ini juga antara lokasi menarik di Kuantan. Mungkin pihak Berjaya Megamall boleh buat sesuatu untuk mula ceriakan semula Berjaya Megamall memandangkan tempat ini merupakan destinasi yang menarik bagi pelancong yang bukan dari Malaysia.

Apa pendapat anda tentang senarai ini, Yay or Nay?

via: Tripadvisor
Previous Post Next Post
Sponsored