5 Alasan Kenapa Kini 'Benteng' Adalah Lokasi Yang Semakin Menarik Di Kuantan



Bagi penduduk tempatan, Benteng satu lokasi yang tidak asing lagi dan pernah menjadi lokasi tumpuan utama orang ramai suatu ketika dahulu. Walau pernah lengang seketika, namun kini lokasi ini semakin menyinar semula.

Taman Esplanade atau Benteng (nama lama bagi Taman Esplanade) jika dilihat pada hari ini telah mengalami banyak penambahbaikan. Semakin banyak perkara menarik ada di sini dan bakal sekali lagi menjadi lokasi tumpuan pelancong pada masa terdekat nanti.

Ini adalah 5 alasan kenapa kami berani jamin bahawa Taman Esplande kini akan menjadi semakin menarik untuk pelancongan.



1. Mercu Tanda Kuantan Yang Ikonik


Tak hanya penduduk tempatan, malah lokasi ini menjadi spot pelancong untuk merakam gambar mereka di sini. Boleh kata papan tanda bertulis KUANTAN seberang sungai ini umpama perkara wajib bagi semua orang yang pernah datang ke Kuantan bergambar di sini.



2. Menara Teruntum


Kehadiran menara baharu yang tertinggi di Kuantan ini bakal menjadi satu lagi tarikan utama untuk pelancongan. Ketahui kenapa menara Teruntum Kuantan ini sangat menarik untuk dilawati dengan membaca artikel lepas yang pernah kami terbitkan di sini.



3. Banyak Tempat Makan Yang Menarik


Di sini bukan hanya seronok sebagai tempat untuk anda lepak namun turut tersedia dengan pelbagai tempat makan yang menarik. Cari tempat yang hips dan cool untuk lepak mengopi? Kami pernah senaraikan 5 antara yang terbaik anda boleh singgah di sini.

Atau Tangkak Station ini mungkin boleh dijadikan pilihan untuk anda nikmati menu western tepi sungai. Lihat lebih banyak tempat menarik di Kuantan melalui carian di www.kuantanlokal.com.



4. Lokasi Yang Mesra


Taman Esplanade lokasi yang mesra untuk semua peringkat umur baik dewasa atau kanak-kanak. Terdapat juga taman permainan untuk aktiviti keluarga, boleh luangkan masa bersama anak-anak di sini. Anda juga boleh sewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.



5. Tengok Kelip-Kelip


Ini mungkin ramai yang tak tahu. Selain aktiviti memancing tepi Sungai Kuantan, di Taman Esplanade juga anda boleh sewa bot untuk trip melihat kelip-kelip di Sungai Kuantan. Satu tempat yang ada pelbagai aktiviti menarik.

Di Taman Esplanade atau Benteng adalah tempat untuk anda luangkan masa dengan pelbagai cara. Boleh lepak, makan, santai bersama keluarga, buat aktiviti memancing, lihat kelip-kelip atau tengok keseluruhan Bandar Kuantan di menara paling tinggi di sini.

Lihat lebih banyak perkara menarik di Kuantan atau mula senaraikan lokasi anda di laman carian www.kuantanlokal.com.

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored