Sungai Lembing Terbakar Teruk, Hampir Keseluruhan Pekan Hangus



Berita yang agak mengejutkan kami terima pagi ini. Salah satu tempat tarikan pelancongan yang sedang meningkat naik, Sungai Lembing, Kuantan terlibat dalam kebakaran teruk. Menurut perkongsian di Facebook oleh saudara Nor Hisham Mohammad, boleh dilihat hampir keseluruhan pekan Sungai Lembing hangus.

Di bawah ini merupakan perkongsian video yang dimuat naik di Facebook:



Namun buat masa sekarang ini masih belum terdapat mana-mana laporan terperinci berhubung kejadian ini dikeluarkan. Jika dilihat daripada klip video dan gambar yang dikongsikan ini, kami boleh kata kebakaran yang berlaku ini amat teruk memandangkan pekan Sungai Lembing tidaklah besar mana.

Diharap tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran besar ini. Apa pun kami akan update berita terbaru sebaik menerima laporan yang terkini.

via: Facebook Nor Hisham Mohammad

Like dan Follow KUANTANLOKA™ di Facebook serta Instagram.
Previous Post Next Post
Sponsored